Saturday, April 24, 2010

* Jom bersama di MALAM AMAL RS*


Assalaam alaykom sisters & brothers...sedikit makluman untuk dikongsi bersama. Satu majlis charity bakal diadakan untuk membantu golongan wanita amnya dengan menubuhkan rumah perlindungan wanita. Lebih lanjut, boleh layari di website Rumah Radhatus Sakinah yang terdapat di seluruh negara. RS adalah institusi pilihan bagi pembangunan insan yang membawa imej sejahtera untuk masyarakat majmuk dengan memberi bimbingan rohani kepada remaja2 yang bermasalah khususnya.

Menariknya kali ini, Malam amal dengan tema Lelaki Pelindung Wanita yang dipetik dari Surah An-Nisa': 34, pastinya akan mengupas isu bagaimana Lelaki bisa menjadi pelindung wanita, InshaAllah.

Berikut adalah detailnya:-

TARIKH: 2 Mei 2010

TEMPAT: Shah Alam Convention Center (SACC Convec)

KEHADIRAN KHAS:

YTM Tengku Besar Terengganu, Shariffah Nong Assegaff
Penaung Raudhatus Sakinah
(Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)

PENGACARA MAJLIS: Ahmad Fedtri Yahya (TV3)

PENAMPILAN ISTIMEWA:
•Kumpulan Demascus
•Xifu & Algebra
Persembahan anak-anak remaja

InshaAllah saya bersama hubby Moose bakal berada disana atas tugasan 1stverse menyediakan perkhidmatan Multi Camera Production. Dan kepada brothers & sisters yang berminat untuk mendapatkan tiket...bolehlah layari page Malam Amal Raudhatus Sakinah 2010.

No comments:

Post a Comment