Monday, April 19, 2010

* geng Motor Kecik *

Assalaam alaykom.. kebelakangan ini tahap kesibukan adalah di tahap yang maksima tapi mungkin saya bisa tersenyum bila mencatat sesuatu disini. hmm.. Dalam kesibukan terapinya pulang sahaja ke kampung halaman. Kesempatan ini tidak mungkin ditolak kerna masa amat mencemburui saya. Setiap minggu mungkin sudah tersusun aktivitinya... dan setiap hari diopis juga saya sudah bisa menjangka rutinnya. Sememangnya amat berbeza, jika dahulu setiap hari mengupdate blog ini, kini mahu menjenguk pun kadang tidak sempat lagi. Maka pengorbanannya masa malam hari terpaksa diluangkan untuk mencuci sesewang disini. hmm...

owh..itu adalah fasa perubahan kepada rutin saya. Semuanya perlu di atur agar tiada masa terbuang sia2. Berbalik kepada percutian pendek di Penang yang lalu.. menariknya hujung minggu saya cuba tinggalkan bab kerja. Pernah mendengar kata2.. "kerja mmg tk akan abis." Tetapi bagi saya, cuba tidak mahu melengahkan setiap kerja.. agar dapat tidur dengan tenangnya.

Bila bercerita tentang kampung halaman saya, mungkin aktiviti bermoto kecik ini salah satu daya tarikan kepada penduduknya. okay.. mari layan gambo. lebih rela penatkan mata dari penatkan minda berfikir. hehe

okay.. aktiviti bermoto kecik di trek lapang yang disediakan.

keselamatan paling utama.. mesti pakai helmet ya.

yang ini anak tauke yang otai...so mungkin sudah tidak mahu berhelmet

bermacam2 jenis motor yang disediakan untuk aktiviti kanak2 dan remaja di hujung minggu

lokasinya di belakang Masjid Umar Al Khattab Bayan Baru.. iaitu tempat dimana berlangsungnya upacara terpenting dalam sejarah hidup saya. hmm. Sesekali mahu sahaja terus tinggal di Penang bila membayangkan diri bakal menaiki tren setiap hari menjelang bulan hadapan. huhu.



2 comments:

  1. igtkan shoot dkt2 sini mau jgk pegi menembak di situ..hehe..kalau kat pinang kena mintak pn cyana jd pemandu pelancong la nampak gayenye..hehe

    ReplyDelete
  2. artzli... bley jek jd pemandu. u're most welcome.

    ReplyDelete