Assalaam alaykom sisters & brothers... beberapa hari merehatkan diri dengan program kekeluargaan. Seperti yang diwar-warkan, The 5th Family Retreat Programme yang diadakan di kota AFamosa Resort Melaka berjaya dilaksanakan mengikut perancangan Alhamdullillah. Mungkin saya sedikit terlewat untuk berkongsi gmbo2 perjalanan program ini buat tatapan adinda2 yang jauh di perantauan.
Ini merupakan penyertaan saya buat kali kedua...ermm mungkin saya sendiri kurang berpuashati kerna kurang persediaan. Masa yang diberikan adalah panjang tetapi kadang kala kita mungkin tidak menggunakan sebaiknya. Mungkin juga kesibukan bulan lalu sedikit memberi kesan. Apa2 pun sedikit perancangan keluarga kecil telah tercatat bagi jangkamasa 3 tahun. Ianya hanyalah panduan agar tidak tersasar jauh, juga memberikan semangat untuk mencapai sesuatu yang telah dirancang.
Sedikit yang bisa dikongsi bersama, Program Retreat ini sangat memberi kesan rohani dan jasmani. Agar masing2 bisa membentuk jati diri ke arah yang lebih baik serta mahu melihat apakah sumbangan diri terhadap keluarga dan masyarakat amnya. Dengan tajuk yang diberikan oleh AYAH selaku ketua keluarga, iaitu "Braving Through Turbulent Times"...untuk melihat bagaimana setiap individu menyediakan diri untuk menghadapi cabaran2 sukar dengan semangat yang jitu dan kental.
Bagi keluarga saya sendiri, hubby Moose mengambil risiko menjalankan perniagaan yang kini boleh dikatakan pendapatannya adalah tidak tetap. Mungkin itu pengorbanan tenaga dan masa beliau untuk membangunkan 1stVerse. Bravo hubby Moose!!!! di usia yang muda beliau berani mengambil risiko ini walaupun sebenarnya mampu sahaja makan gaji seperti saya. Itu adalah target beliau tahun lepas yang terlaksana secara fizikalnya. Masih banyak kekangan yang perlu dihadapi, InshaAllah kami akan bersama2 mengatasinya. Erm... bagi saya sendiri, perubahan pengurusan organisasi yang mungkin akan memberi cabaran kepada dunia saya. hmm... dengan berkat doa kalian semua... InshaAllah bisa melalui dengan senyuman.
Buat tatapan my brother in law Mu'awwidz Al-ansori dan my future sister Fateen, hanya gmbo2 ini yang dapat dikongsi bersama. Walaupun kalian hanya hadir secara maya... kalian tetap dihati kami semua. okay.. Lets just our photos do the talkin' ya.
maka we all semua take a break.
{alamak hubby Moose kotak2 ler}
okay...petang dipenuhi dengan aktiviti beriadah iaitu terjun kolam.. hehe. gmbo? tunggu ya. hiks!!! very very HOTTTTT!!!!
BRAVO!BRAVO! hehe
{as usual cool jek.. hehe}
spotted!!! the header by hubby Moose, contents by me!!! hiks
the next mornin' barulah sempat sambung last couple presentation secara maya dari sister Fateen di Morocco dan brother Awezz yang berada di Mesir telah semalam seharian bersama turut juga berkongsi perancangan mereka. Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment