Thursday, March 4, 2010

* Tok Mami yang diRindui *

Tok Mami Teh

Berita terkini buat my brothers & sisters... Tok Mami Teh hari nie telah dimasukkan ke Hospital Pantai Klang (updated at 11:37pm: telah dipindahkan ke KPJ Specialist Hospital, Seksyen 20 Shah Alam) kerana keuzurannya. Sejak pemergian adindanya Tok Mami Nab bulan lalu, beliau sudah mula meracau2 agar tidak lagi tenteram siang dan malam. Keadaannya juga tidak menentu, kadang elok kadang nyanyuk.

Dua malam yang lepas sempat menjenguknya di rumah, setiap malam dikhabarkan beliau akan meracau dan memerlukan ubat tidur. Alhamdullillah masih lagi Tok Mami mengenali salah seorang cucunya hubby Moose tetapi tidak mengenali saya kerna sejak bertemu beliau sudahpun nyanyuk disebabkan sakit tua. Bila mana dikenalkan sebagai "ponu mus'ab" barulah beliau akan ingat kembali yang cucunya telahpun berumahtangga. owh..panggilan "ponu" merujuk kepada isteri iaitu bahasa daerah Penang. Kebiasaannya orang Penang lebih mesra dengan panggilan "ponu" dan "mapeley". .Seingat saya beliau seorang yang suka bergurau senda...sentiasa tersenyum simpul jika diusiknya. hmm

Kami mendoakan Tok Mami agar segera pulih. Kesabaran Tok Baba menjaga Tok Mami amatlah dihargai...setiap manusia telah tertulis suratan takdirnya. Ketabahan Tok Baba menjaga Tok Mami dan adik2nya sehingga hari2 tua mereka dengan penuh kasih sayang tiada tandingannya. hmm.

No comments:

Post a Comment