Thursday, March 11, 2010

* bukan GAGaL selamanya *

Parit Jawa dikala senja sebagaimana saya menjelang usia senja. hehe

Assalam alaykom sisters & brothers especially yang masih bergelar PELAJAR atau STUDENT. Terpanggil saya untuk berkongsi cerita disini mengenai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mengapa teringat ya? owh... pagi tadi topik di radio adalah cerita mengenai zaman SPM. Juga sebentar tadi membaca nukilan miss HSM mengenai SPMnya.

owh.. Pasti kebanyakan Malaysian menduduki SPM kerna ia merupakan tiket terpenting untuk menentukan masa depan secara amnya. my SPM? erm.. berbelas tahun yg lalu, {bunyi mcm dah tue jek} bukanlah satu pengalaman yang indah. Indah semasa zaman sekolah bersama kawan2 selalu bermain2 di dalam makmal.. opps! dan yang pasti saya tergolong di dalam kategori budak2 separa nakal. Bukan melawan gurunya, bukan juga samseng sekolah.. nakal we all hanyalah duduk bersembang lama2 di kantin ataupun menghilang diri untuk pusing satu sekolah. hehe.

Zaman sekolah mungkin tidak dihargai sepenuhnya, kini sudah mula merindu..kerna zaman itu adalah zaman terindah dalam memori ini. hmm.. Bila mana pesan ABAH & MAMA menyuruh belajar & belajar! Anaknya pula degil & malas. YA!! saya akui zaman sekolah saya sangatlah sia2, banyak membuang masa, banyak bermain sahaja. Bila masuk tingkatan 4, saya memilih untuk ke bidang sains. Dan bila guru biologi memesan supaya belajar dari awal...owh saya masih lagi tidak mengendahkannya. Kesudahan diri sendiri mencari parah ya. Tiada CREDIT untuk subjek subjektif tetapi tidak pula gagal TETAPI TIADA UNIVERSITI ya!!! grrr!!!

Tiada gunanya menyesal di kemudian hari.. hmm. Salah sendiri kerna seingat saya hanya 3 minggu sebelum SPM, baru saya membuat nota2 ringkas untuk hafalan. Tetapi tempoh itu adalah terlalu singkat jika dibandingkan dengan pelajar yang dua tahun awal lebih bersedia. hmm. Maka pilihan seterusnya kolej swasta..mungkin kerna kegagalan yang lalu, saya mula membuka minda. Harapan ABAH untuk melihat anaknya ke menara gading saya penuhi... Alhamdullilah. Tidak mungkin dapat saya membalas jasa ABAH & MAMA yang bersusah payah menyara saya sepanjang pengajian. Apa yang termampu, saya hanya bisa membuat mereka tersenyum melihat pencapaian anaknya. Masih tegar senyuman bangga mereka melihat anak2 berjaya. Gembira lagi bila mana mendapat tajaan biasiswa sepenuhnya.{dalam konteks saya jek... bukan la hebat manapun.. hehe}

Saya mungkin bernasib baik kerna selalu diingatkan ABAH betapa beruntungnya saya dapat belajar kerna pada zamannya...seawal umur 10 tahun beliau sudah mula menjual kuih, menjaga adik2nya. hmm. Mungkin sebab itu ABAH memilih tidak mempunyai anak yang ramai di atas satu faktor utama iaitu kekangan KEWANGAN. Pengorbanan ibubapa yang tidak terhingga, senantiasa mahu memberikan yang terbaik buat anak2.

owh.. tujuan saya mencerita kisah SPM sebenarnya adalah mahu menyatakan GAGAL sekali bukan bererti gagal selamanya. Saya pernah cemerlang..pernah gagal..tetapi itu tidak melemahkan semangat saya untuk terus berusaha dan terus berjaya. Walaupun pencapaian ini tidaklah sehebat mana, percayalah setiap kegagalan pasti ada hikmahnya.

Kini mungkin saya bisa berbangga, kerna dengan keputusan SPM yang tidak seberapa, saya masih bisa cemerlang di peringkat ijazah. erm.. Master? belum terlintas lagi.. hehe. Memilih untuk mempelajari bidang IT.. kini pengalaman itu saya mahu serapkan di bidang Procurement yang baru saya ceburi. InshaAllah. Proses pembelajaran itu berlaku setiap hari, yang penting usaha untuk mendalami ilmu. owh..buat sisters & brothers yang sudah mendapat keputusan SPM anda... TAHNIAH!!!! Anda semua telah berjaya mengukir sejarah hidup.

2 comments:

  1. xpenah rasa keciwa dgn result SPM mek..sbb mek tahu masa depan mek cerah dlm dunia hiburan!..

    ReplyDelete
  2. mek memilih bidang glamer...tkpe la..berlakon satu dua citer dah kena tangkap dek orang kayo.. opps!

    ReplyDelete