Friday, March 2, 2012

* Sightseein' | Kota Kinabalu *

Assalaam alaykom... melayan gambo di pgi minggu yang tenang. Minggu lepas ketika bertugas di Kota Kinabalu, hubby Moose turut serta meneman wifeynya. Tiga hari beliau di sana sempat menjelajah kawasan di sekitar bandar Kota Kinabalu yang jaraknya berhampiran dengan tempat penginapan kami. {tak sempat mahu pergi jalan2 tempat2 lain.. huhu}. Maka wifey dengan senang hati menunggu hasil tangkapan Insan Terchenta tanpa perlu turun padang.. hehe. Sesi perjalanan kami berbeza, wifey di gudang hubby Moose di pasar merakam suasana kehidupan warga tempatan yang sinomin dengan laut.

Mari saksikan dua versi yang berbeza iaitu satu suasana harian warga KK mencari sesuap nasi dan satu lagi suasana ketenangan dengan lautnya yang bersih, indah dan damai. Apa yang janggal bagi saya bila berada di bandar KK, akan kelihatan ramai kanak-kanak comot terutamanya. Mereka2 itu adalah anak2 pendatang dari Filipina yang mungkin para ibu bapa memilih Sabah sebagai tempat mencari rezeki. Kesiannya melihat mereka yang sentiasa meminta wang dan makanan dari para pelancong, bermain2 dan yang pasti tidak bersekolah. Seperti mana jika anda pernah melihat di drama TV, baju2 mereka agak comot sepert tidak bertukar ganti. hmm. Seketika juga anda akan berasa seperti bukan berada di bumi Malaysia.

All pics courtesy by mr Moose.

the first sight of Kota Kinabalu

berhampiran kawasan belakang pasar, kelihatan makcik tua menolak tong air di kala matahari terik di atas kepala.hmm

di pasar yang penuh dengan tangkapan dari laut

berbicara di tengah laut

bot dan nelayan

bot penumpang membawa warga pulang ke pulau berdekatan

spot kanak2 yang sedang bekerja...hmm

and another sight of Kota Kinabalu

terkenal dengan deretan pulau2 yang indah

hubby Moose ke Pulau Manukan, Kota Kinabalu

antara aktiviti di pulau

kayaking and snorkeling

pantai yang bersih dan airnya jernih

boleh nampak ikan2

airnya bertona kebiruan

hopefully one fine day, saya juga dapat ke sini.. Smile!!!!

Itu baru suku dari keindahan yang terdapat di Sabah. Bagi penggemar laut dan makanan laut, pastinya anda akan jatuh cinta jika berkunjung ke sini. Peace!

2 comments: