Alhamdullillah... safely landed!!! Home SWEET Home! Gembira hati pabila ternampak kelibat hubby Moose setelah beberapa hari berpisah. Seperti biasa, pabila pulang dari KLIA tempat persinggahannya adalah drive-thru McD... katanya "dari semalam dok teringat"! hiks! {dialog yang hampir sama} wifey senyum sahaja kerna sudah bisa menjangka Insan Terchenta pasti mahu singgah kerna itu adalah makanan kegemarannya.
Alhamdullillah... hari ini bersamaan 8 Mac 2012 sudah masuk tahun kedua berada dalam dunia perolehan. Banyak perkara yang dipelajari dan yang pasti sensitiviti yang lebih-lebih lagi membuatkan dunia perolehan popular. Bila dengar perkataan 'Direct Nego', 'Tender', 'Integrity'... itulah perkataan yang sentiasa berlegar di sekeliling saya. Hati semakin teruja bila minggu lalu dimaklumkan oleh mrz Zakiah, tutor di Kursus Tender betapa pentingnya warga perolehan walaupun secara realistiknya kami mengendalikan perkara2 yang remeh disamping mengekalkan ketelusan. Sekecil2 zarah harus dipelihara... jika ada yang tidak kena, saya harus berani bersuara walau sekalipun berdepan dengan sesiapa sahaja.
Alhamdullillah... semakin bisa menguasai dunia perolehan. Berkat kesabaran mrs Tender kini tersenyum pabila Unit Perolehan Tender semakin berkembang, dan dengan itu tugas semakin meluas. Bayangkan dari seorang kini mempunyai lima orang rakan sekerja. Beberapa perkara penting sedang dirangka, gembira hati bila mrs Boss memberi kepercayaan kepada saya untuk terus menerajui urusan tender syarikat. owh.. value added... memikul tugasan ini juga membuatkan mrs Tender bisa terbang ke seluruh pelusuk negari. Smile!
workstation pada 2011
workstation pada 2012
Apa yang penting cintailah kerjaya! Jika mempunyai rasa sebegitu, saya percaya kita akan bekerja dengan ikhlas dan bersungguh2 dalam melakukan sesuatu tanpa menunggu sebarang ganjaran. Bila diberi tanggungjawab, harus kita memikulnya sebaik mungkin. Biar orang menghargai dan menghormati kita kerna kerjaya bukan kerna mencipta propaganda semata-mata. Semoga mrs Tender akan terus mengekalkan momento.. cuma yang pasti tahun ini saya mahu sedikit berehat... iaitu hanya bekerja pada waktu kerja! hiks.
No comments:
Post a Comment