Sunday, March 18, 2012

* Penang | Kapitan Keling Street *

Assalaam alaykom... jika berjalan kaki di sekitar George Town, jangan lupa singgah di Jalan Masjid Kapitan Keling. Sekiranya berjalan menuju ke arah Padang Kota Lama, pasti anda akan melalui hadapan Tokong Cina yang kebiasaannya dikunjungi penganut Buddha untuk upacara sembahyang. Kebetulan ketika sedang berjalan2 tempoh hari di Goddess Mercy of Temple sedang berlangsung upacara keagamaan. Kelihatan ramai yang berkunjung ke tokong tersebut bagi acara membakar batang abu dan juga membebaskan burung sebagai simbolik membebaskan diri dari dosa. Tetapi terdapat sesuatu yang menarik iaitu hampir 10% daripada pengunjung adalah pengemis jalanan yang turut sama meraih simpati pengunjung2 ke situ. hmm.

the Goddess of Mercy Temple

batang abu untuk dijual

batang abu yang dibakar oleh pembayar niat

jualan barangan keagamaan

pemberi sedekah memberi para pengemis makanan dan wang saku

ada juga pengemis cilik dan pengemis yang sedang sarat hamil

burung2 untuk dijual

melepaskan burung tanda kebebasan

cutie stuff

malam harinya, berkesempatan menonton tayangan pupet lama China dengan pemain wayang bersuara lantang

ketika ini musim masyarakat Buddha meraikan upacara menghalau hantu dan di Penang masih lagi terdapat upacara keagamaan seperti Opera China

last but not least... sempat juga menonton salah satu warisan sejarah yang semakin hari semakin tenggelam dek peredaran zaman. Smile!


No comments:

Post a Comment