Friday, March 16, 2012

* Open Mind && Open Heart *

OPEN MIND && OPEN HEART

Assalaam alaykom... owh!!! GREEN!! I love green!! Selain hitam, merah, ungu... pastinya mrs Cyana memilih hijau. Bak kata sejuk mata memandang bila merenung daun hijau. Begitu juga jika hati sedang panas... mahu sahaja berlarian ke padang hijau. hmm. Entah kenapa tiba2 timbul isu remeh-temeh. {owh... untuk makluman tempat saya bekerja ramai tukang kritik yang handal lagi berkaliber}. Jika dua tahun yang lalu ketika kali pertama saya menyertai keluarga ini, saya dihidangkan dengan cerita ragam warga yang kurang enak didengar. Kenapa perlu berpecah belah sedangkan kita berada di satu bumbung? Kenapa perlu ada lebih dari satu suara sedangkan merujuk kepada paksi yang sama? Kenapa perlu berhasad dengki jika niat kita bekerja kerana ALLAH swt. hmm.

Sila bertimbang rasa bila mana kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. Jangan kerna isu sebesar tikus mahu dibesarkan seperti gajah. Jika benar ANDA-ANDA tidak puas hati dengan sahaja dengan tindakan saya, sila berhubung secara terus! Saya bersedia menerima teguran kerna saya bukanlah PERFECT!!!!

Kenapa ya saya sangat berkecil hati?

Isu mudah dan ringkas : EMAIL!

Email memainkan peranan dalam komunikasi harian. Mungkin saya lebih sinomin dengan email kerna tugas sekretariat sentiasa berdamping dengan email. hmm. Tetapi setelah DUA TAHUN dan setelah ENTAH BERAPA JUMLAH email yang dihantar kepada warga kerja bagi tujuan sebaran maklumat aktiviti sukarela yang tidak berbayar.... baru semalam saya mendengar dan ketahui POLISI untuk menghantar email adalah kepada setiap satu warga kerja. Harus ditujukan KHAS untuk setiap orang walaupun sebelum ini kaedah biasa adalah dengan menghantar kepada wakil2 dan sebaran akan dibuat oleh wakil tersebut. Persoalannya... email yang dihantar saya itu adalah EMAIL sukarela {TIADA KAITAN DENGAN KERJA RASMI} atau inisiatif sendiri menyebarkan maklumat dan bukanlah KPI saya untuk menghabiskan masa menyiapkan database menghantar email bagi setiap seorang. Dan mengapa setelah beberapa ketika timbulnya isu remeh sebegini?

Jika benar saya melanggar polisi kerja, SILA AMBIL TINDAKAN! Tetapi tolong-lah dan Sila-lah buangkan jauh minda kolot! minda menghasut! Tetapi setelah dua tahun, mereka-mereka masih TIADA sebarang perubahan!!... cas negatif lebih sebati di minda mereka mungkin. HAMPA!!! sangat hampa! YA ALLAH!!! Hindarilah hambamu ini dari sifat kebencian... berilah mereka hidayah dan petunjuk ke jalan yang diredhaiMU.

Open your heart && Open your mind!!!!

3 comments:

  1. sabar cik kak.ujian bila keje dengan majoriti orang kita memang camtu. ada je silap kat mata diorang, tapi cerita belakang.

    ReplyDelete
  2. phatlee... rasa dah banyak bersabar jugak. orang kita cmtu yg membuatkan hubungan semakin renggang... bukannya bertambah erat..

    ReplyDelete
  3. itu la pasal...satu opis pun, payah nak rapat. apa punya mental laa...

    ReplyDelete