happy joy joy
Salaam sisters.... Wanita dan shoppin' mungkin susah untuk dipisahkan, tambahan bagi pengemar yang rajin berjalan2 di shoppin' complex. hehe. Memandangkan ofis berada di tengah kota metropolitan dan di kelilingi pusat membeli-belah, maka waktu rehat hari Jumaat sepanjang dua jam di sempurnakan dengan jayanya melalui senaman kaki dan mata sambil berlegar2 di kompleks yang kini dimeriahkan dengan kehadiran si naga sempena musim perayaan Tahun Baru Cina. Petang tadi selepas makan, cepat2 menjengah ke Isetan KLCC {miss Kantan sudah tidak dapat bersama lagi..sob sob}, thanks to miss tender yang kini menjadi peneman di kala makan dan shoppin'. Lucky us memiliki minat yang sama iaitu fesyen!.. eh warna kulit juga agak sama ton, banyak cakap juga. hiks. Tetapi miss tender bersaiz XS seperti mrs tender sewaktu mula2 masuk kerja dahulu... dan beliau gemar minum air suam! {bagus untuk kesihatan.. hehe}
Misi adalah menghabiskan voucher Isetan yang diterima tahun lalu ketika menjuarai program bowling {tiba2 rindu pula nak main bowling dengan GGO}. Setelah puas memusing, akhirnya mata berminat dengan sepasang dress bersaiz S... oppss!!! So lepas nie diet!diet!diet jika mahu memakai dress tersebut. huhu. Then dapat juga bathmat yang warnanya hampir sama dengan dress.. hahaha.
p/s: hati gembira setiap kali dapat voucher, dapatlah baju baru.. smile.
No comments:
Post a Comment