Sunday, January 22, 2012

* Anna & the King's BIG day *

Assalaam alaykom... sempena cuti panjang perayaan, ramai pasangan yang memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Begitu juga dengan salah seorang sahabat kepada hubby Moose iaitu Raja Faisal Raja Aziz dengan pasangannya Farhana Abd Rahman yang telah selamat diijabkabulkan pada majlis akad nikah di sebelah pagi dan majlis resepsi kedua belah pihak di kediaman keluarga di Bukit Jelutong, Shah Alam. Raja Faisal adalah kenalan hubby Moose sejak dari sekolah menengah, kemudian bersama2 belajar di Cosmopoint dan Management Science University. Mereka juga sama2 mengganggotai kumpulan Soul Dinero, sebelum masing2 membawa haluan dengan kerjaya sendiri.

Pasangan ini juga bercinta sejak dari zaman kolej dan dikenali dengan nama Anna & the King (Anna dan Raja). Alhamdullillah, akhirnya mereka disatukan pada tanggal 21 Januari 2012. Imbasan ketika pertama kali saya bertemu hubby Moose, pasti beliau ada bersama Raja. Keakraban mereka berdua tidak dapat dipisahkan lagi.. hehe. Semoga persahabatan mereka juga berkekalan selamanya. InshaALLAH.

majlis resepsi dengan tema ungu putih

mrs Cyana and mrs Raja Farah yang merupakan adik ketiga kepada Raja Faisal.
Majlis resepsi ini turut juga dikongsi bersama adiknya ketika sama2 makan beradab.


Soul Dinero's line up...
mr Along, the ex-manager, mr Moose, mr Feroz, mr Hemi bersama pengantin


bergambar kenangan beramai2 dengan pasangan raja sehari

from the iPhone... candid behind the scenes

sweet in purple! kami menanti sampai tamatnya majlis, maklumlah lama tidak bertemu dengan rakan2 yang lain.

Tahniah buat Raja Faisal dan Farhana, Selamat Pengantin Baru...selamat menjalani alam rumahtangga dan semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat. Ameen.

2 comments:

  1. suka lah awak ye.. perantin pakai purple..hee

    ReplyDelete
  2. kak yan sweet kan? ton purple tu cantik. family pakai kuning.

    ReplyDelete