Thursday, January 19, 2012

* new TASK *

heart's key... a gift from mrs Boss.. thank you!

Assalaam alaykom... pelikkah jika melihat saya berdiam diri. Ganjilkah jika anda berjumpa saya tanpa senyuman. Janggal juga bila tiba2 saya sendiri yang tiada kata2 mahu diluahkan. Mungkin kerna melalui hari2 yang suram sejak berminggu yang lalu, hingga membuat mulut berat untuk berbicara, bibir tidak mampu mengukir senyuman bila mana otak bercelaru. hmm. Tiba2 ditambah pula dengan masa menilai diri yang tiada peningkatannya. Tiba2 angan2 impian semuanya hilang entah ke mana. Tiba2 terasa betapa ruginya masa yang berlalu tanpa saya membuat apa2. Sibuk dengan hal yang mungkin kurang faedahnya... hinggakan leka tentang hal penting yang sepatutnya dilaksanakan. hmm.

Namun apa yang berlalu telah berlaku, tidak mungkin bisa saya memusingkan masa. Tidak mungkin juga meminta masa menunggu saya. Apa yang perlu saya lakukan adalah mengembalikan keyakinan diri, menceriakan kembali hati yang lara dan mungkin menguatkan fizikal dan mental menghadapi hari2 mendatang. Bak kata seorang teman yang sentiasa memberi semangat yang mana saya tidak harus berhenti. Saya harus terus gagah berdiri dan tersenyum mesra bila mana saya berada di kalangan mereka2 berprofil tinggi. owh.. jika dinilai secara purata, cabarannya lebih lagi apabila berada di kalangan keluarga besar yang setiap satu dari ahli keluarganya memegang portfolio yang bisa dibanggakan. Maka jangan hairan bila saya juga mahu menjadi sebahagian daripada mereka... multitaskin' sebanyak mungkin. InshaALLAH.

Justify FullMenjengah tahun baru dengan tugasan baru. Setelah mendapat teman menerajui proses perolehan bersama miss Tender, kini saya bisa menarik nafas lega. Sekurangnya bisa memfokuskan kepada perkara2 penambahbaikan proses perolehan agar lebih telus dan seragam. Mahu membuat perubahan adalah mudah namun sukar untuk mempraktikkannya bila berdepan dengan pelbagai ragam manusia. hmm. Beberapa perkara yang masih 'pending' dek kerna beberapa sebab juga. {owh.. siapalah saya untuk bersuara? tetapi yang pasti akan dipersalahkan bila melihat status pending. grrr! tidak adil bukan? } Beberapa rombakan tugasan di unit juga telah dibuat, dengan itu mrs Tender perlu melepaskan sebahagian kerja dan menambah beberapa kerja baru yang lebih mencabar kredibiliti diri. To miss Tender, bersabarlah jika perlu mendengar mrs Tender bercerita seperti pensyarah panjang lebarnya. hehe. Saya harus berterima kasih kerna dibimbing oleh mrs Boss yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Semoga hubungan kami seunit terus mekar dan berkembang bagaikan sebuah keluarga yang bisa menerajui proses perolehan dengan jayanya. Ameen.


Hati mrs Tender gembira setelah petang tadi berjaya melaksanakan tugasan baru. A good start! wink!

No comments:

Post a Comment