my lil' black case
Assalaam alaykom... pernah dengar Cash Converter? Konsepnya sama seperti Mudah.Com cuma perniagaannya diadakan di beberapa outletnya. Untuk lokasinya, boleh rujuk di Cash Converter FB. Bagus juga ada tempat sebegini sekurangnya dapat juga sesetangah individu membeli barangan yang di mahukan dengan harga yang lebih murah. Petang tadi ke outlet Cash Converter Shah Alam untuk urusan menjual beg2 yang tidak dipakai lagi. Ini adalah penjualan beg kali kedua di Cash Converter, dari tidak guna atau buang begitu sahaja, lebih baik jual semula dapat juga pulangan. hiks. Last week juga sesi kemas bilik stor dan asingkan beberapa barangan yang mahu dikitar semula. Masih belum kesempatan untuk pergi ke Tempat Pengumpulan Kitar Semula di Seksyen 17 Shah Alam. huhu.
Selepas selesai sesi jualan, singgah di outlet sebelah untuk sesi membeli-belah. So terjumpa black case yang berharga RM9 tapi taklah secantik purple case sista Yan. hehe. Ingatkan nak guna untuk simpan mr Ipad, rupanya mr HP juga muat.. yeay!!!! owh.. so many things to do list esok hari...good nite!!!
No comments:
Post a Comment