Wednesday, October 20, 2010

* my lil portraits *

Assalaam alaykom...portrait senyuman yang dirakamkan oleh mr photog, begitulah juga hati ini mampu tersenyum lega. Walaupun melalui hari2 yang agak padat dengan kerja2 harian, saya masih lagi mampu mengupdate blog pabila malam menjelma. Memandangkan kekerapan masa terluang bukanlah setiap hari, maka saya mengambil pendekatan 'update' beberapa entry semampu mungkin.. kerna esok malamnya belum tentu saya akan menghadap mr C, mungkin juga esok malam saya akan melelap mata seawal mungkin disebabkan percaturan hormon 3o-an yang semakin hari membuat badan semakin lemah. oppss!! {eh, salah hormon ker salah diri sendiri yang malas? ahaks.}

Sedar tak sedar sudah tujuh bulan bergelar 'mrs tender'. Dan tahun ini juga maklumat SPP iaitu sistem penilaian yang mengukur HKU dan prestasi kerja adalah berbeda dari tahun sebelumnya. Jika tahun lalu, ceritanya berkisarkan sistem dan analisa... tahun ini berkisarkan pengurusan tender, laporan, memo dan apa macam memo entah ler.. hehe. Kerna status yang dipegang adalah 'secretariat'..maka kerjanya lebih kepada penyedian paperwork dan mesyuarat. Yang pasti tahap kesabaran makin menebal... bibir pula sentiasa mengukir senyuman walau sepanas mana hati, suara semerdu mungkin pabila berbicara. ahaks! {ala2 sopan santun secretary la kononnya.. hehe}. Leganya kerna bisa menghantar SPP on tyme! Seksyen aktiviti dan sumbangan pula padat dengan aktiviti. hehe. {atleast full marks disitu..} yeay!

Agak2 apakah kesan positif dengan memenuhi ruangan SPP tersebut? Adakah HKU diukur dengan telus? hmm. Pengukur SPP adalah pabila menerima slip bonus..{jika rezeki dapat bonus.. inshaAllah} tetapi saya senantiasa menanam kepercayaan, dalam kerja pasti ada pasang surutnya. Tak semestinya kita akan sentiasa di atas..dan pabila bekerja dalam kumpulan.. itu namanya teamwork, maka perlu saling sama membantu di antara satu sama lain, jangan terlalu memikirkan point2 untuk SPP. Kerna kerja perlu ikhlas... kita mencari rezeki dengan bekerja. Jangan setahun duduk bergoyang kaki, pabila mahu mengisi SPP pasti akan terasa buntu. Walau sesekali terasa tekanan dengan lambakan kerja, anggaplah ianya cabaran dalam diari harian. Saya sering kali mengingatkan diri, hati perlu ikhlas dan jangan terlalu berkira kerja. Jika ringan tulang membantu yang lain..pastinya orang senang dengan kita juga akan membuat diri kita lebih produktif. Dan jika slip bonus atau points SPP kurang memuaskan, jangan salahkan orang lain jika kita sendiri gagal bersaing dengan orang lain. hmm. enough cerita SPP yer!!

mrs Cyana in soft purple.
{sila abaikan muka2 yang dipenuhi al-jerawat yang berdot2 dengan meriah}

hati akan lebih terhibur pabila berbicara tentang sesuatu yang menjadi idaman. hehe.

owh..last weekend sempat juga photoshoot di tepian pasir pantai Cherating. erm.. jika ada sahabat2 yang mahu outdoor or pre-weddin' photoshoot, mungkin bisa berkunjung ke sini yang mana pantainya indah dan bersih di musim panas. Jangan sekali berkunjung pada musim tengkujuh, anda pasti hanya akan menonton ombak besar sahaja. hehe. {ker hubby Moose mahu re-new OUR weddin' photoshoot? oppps!}

di tepi pantai yang indah..
bisa menyanyi lagu Sudirman and Anita Sarawak sambil berlari 500 meter.. hahha

close up

my official tshirt.

tema black and white kerna treasure hunt diadakan di negeri Pahang {harus ikut warna bendera yer} YESS!!! i'm smilin' kerna bisa bergaya dengan warna kegemaran.. credit to insan terchenta untuk pic natural tanpa editin'. {owh..mungkin chemistry dengan mr photog ya, saya bisa tersenyum walau tanpa secalit make up. hmm} muahx CYGku!

6 comments:

  1. Tapiiiii.. tema Bank Rakyat tetap dengan warna korporat mereka! Meriah para peserta BERNAS seakan bersaing dengan peserta Bank Rakyat! :)

    ReplyDelete
  2. kakcik.. kami ikot kata mr tulip..asalnya mahu tshirt warna2.. last2 jd putih jek. huhu

    ReplyDelete
  3. kak delima.. dah berjaya sampai cherating.. hehe

    ReplyDelete
  4. kak yan.. rayban lama tu. tp yg paling selesa dipakai. hehe

    ReplyDelete