Monday, October 4, 2010

* bicara bulan Oktober *

Assalaam alaykom... sedar tak sedar sudah masuk ke bulan Oktober. Syawwal juga beberapa hari lagi bakal meninggalkan kita, mungkin beberapa minggu kebelakangan nie, masing2 sibuk dengan jemputan rumah terbuka. Saya tidak berkecuali jadualnya padat juga... bulan Oktober sememangnya bulan yang dinanti-nantikan...semoga ianya akan dipenuhi dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua. hmm.

erm...rasanya sudah lama tidak mengupdate progress dari meja 1stVerse. Memulakan bicara bulan Oktober dari meja mr Boss yang agak lama menyepi dari beraksi secara rasmi. Bak kata pepatah diam2 berisi.. owh, bukan badan mr Boss berisi yer!!! hiks. Menyepi kerna menyiapkan kerja yang tersusun banyaknya. Alhamdullillah...sepenat mata saya melihat mr Boss asyik duduk mengadap PCnya.. bayangkan bagaimana kondisi tuan punya badan. hmm.

okay..sedikit progress dari hasil kerja di 1stVerse. Selepas shootin', masa lebih lama diperlukan dalam post production iaitu kerja2 menyiapkan final product seperti album, dvd atau video client. Yang ini salah satu custom album yang telah disiapkan untuk Majlis Pertunangan Hasliza. Actually bulan Ogos yang lalu memang padat sangat... beberapa custom album yang perlu disiapkan dalam satu masa. {haih.. patut ler mr Boss makin kurus sebab tak cukup tidur.. hehe. wifey pula yang makin berisi sebab terleby tidur.. ahaks}

well.... yang ini custom album mrs Nicole and mr Aaron yang telah selamat dihantar ke Penang. Memandangkan masa agak terhad tempoh hari pada minggu raya, we all tak sempat nak snap album mrs Mia & mr Brian.. Harap2 album mereka telah selamat sampai ke USA... and hopefully they all satisfied dengan album2 tersebut.

Selain dari album... hubby Moose juga sempat menyiapkan video yang menggunakan khidmat mrs Niko untuk ahli The Wayfarers. Video Akad Nikah my sister in law Yusra and brother in law Awez yang mendapat sentuhan timur tengah dengan lagu dendangan Maher Zain. Atleast terasa hilang sedikit beban setelah menyiapkan end product clients.

Alhamdullillah... double weddin' di Kuala Selangor juga telah berlangsung dengan jayanya. {gmbo??? masih belum dipilih yer...} Comin' soon.. more and more updates.. InshaAllah.

2 comments:

  1. Salam Cyana,

    bestnya org sekarang..kawin ada memacam cara nak simpan memory..akak dulu takat tangkap gambo, then tepek dlm album..

    ReplyDelete
  2. salam kak yan.. itulah.. makin canggih, duit pun makin byk kena standby. kesian juga pengantin skrg. nk kawen kena pk kos kerja kawin yg kadang tu melampau sgt tinggi.. hmm. naseb la kita ada gak gmbo kan kak? hehe

    ReplyDelete