Assalaam alaykom, masih bersiaran dari Kuala Selangor iaitu sekitar majlis double weddin' of the year of 2010. Dengan semangat jitu dan kerjasama dari pelbagai pihak, sesebuah majlis akan dilihat sempurna tanpa sebarang cacat cela. Percayalah.. setiap kali majlis berlangsung, pastinya akan ada sesuatu perkara atau kejadian yang baru tercipta. Maka melalui pengalaman dan analisis kebarangkalian, inshaAllah sesuatu perkara yang berlaku bisa ditangani. hmm. Begitu juga dengan halnya dengan majlis ini.. erm bagi menguruskan majlis sebesar ini..ianya melibatkan kerjasama dari pelbagai pihak untuk berganding tangan dan bahu.
Alhamdullillah, keluarga kami mendapat sepenuh sokongan padu dan jitu dari penduduk di Kuala Selangor atau lebih mesra kami gelarkan 'rakyat Kuala Selangor'. Pertama sekali mengapa majlis ini diadakan di Kuala Selangor? kerna AYAH mahu raikan bersama rakyatnya. Sepanjang memikul tanggungjawab di sana, ini adalah majlis perkahwinan kali yang ketiga. Jika yang kedua kali diadakan di Shah Alam...kali ini rakyat AYAH bersuara untuk mereka sama2 terlibat secara langsung, mungkin ada juga rakyat yang tidak dapat bersama jika dibuat di Shah Alam kerna kekangan destinasi yang jauh. Dan yang pasti tak mungkin juga jika kami mahu menyediakan budget caterin' yang besar untuk menjamu lebih kurang 5000 orang tetamu dalam sesuatu masa. hmm. Niat IBU mahu mengadakan kenduri di bulan Syawwal,maka sekaligus AYAH mengadakan Jamuan Eid Mubarak untuk rakyat di Kuala Selangor.
ALLAH swt telah mengatur dan memudahkan urusan keluarga kami. mashaALLAH!!! ALLAH swt membuka hati rakyat AYAH untuk membantu kami menjayakan majlis ini. Dengan serba sedikit persediaan rapi yang diaturkan, majlis ini bisa disempurna dengan meriah walau dalam serba kesederhanaan. Semuanya dari souvenir, makanan, perhiasan dewan dilakukan secara 'merewang' atau bergotong-royong oleh rakyat Kuala Selangor. Cerita disebalik persiapan majlis akan menyusul kemudian... entry ini berkisarkan cerita di belakang tabir pada hari majlis Sabtu yang lalu. Bezanya jika dua tahun yang lalu, saya adalah salah satu pasangan yang diraikan, tahun ini saya dan hubby Moose memegang portfolio multimedia. Setiap ahli The Wayfarers telah diberikan tugasan tertentu... dan sempat juga saya membantu brother Syah untuk merangka aturcara majlis.
Sedikit mengenai persiapan multimedia yang disediakan oleh 1stVerse iaitu seperti backdrop screen, video clips majlis akad nikah pengantin, membuat taggin' VIP table, design signage, banner dan buntin', menyediakan perkhidmatan Multi Camera Production (MCP) dengan bantuan dari ProMedia and of course photography. Yang pasti kami telah dapat menjimat sedikit wang kerna bidang multimedia biasanya cajnya agak tinggi kerna hasil kerja melibatkan kerahan idea dan tenaga. Bayangkan ada yang akan caj perkhidmatan photography dan videography sehingga mencecah belasan ribu. erm.. kami bisa berjimat kerna kedua2 bidang ini adalah kepakaran yang mana design, shootin' and editin' dilakukan sendiri oleh hubby Moose. {erm.. bertuahnya saya dikurniakan hubby Moose yang mempunyai kepakaran di otak kiri.. hehe}
the main table di atas stage
IBU memberi penerangan terakhir kepada team penyambut tetamu yang sedondon berwarna ungu
masih lagi menyiapkan kerja2
souvenir yang disediakan...untuk diagihkan kepada semua tetamu yang hadir
chef2 terdiri daripada kaum lelaki.. Aktiviti memasak sudah bermula sejak petang Khamis, malam Jumaat. Pabila merewang, lebih banyak juadah yang dapat disediakan termasuk breakfast dan dinner semua petugas. Rezeki Alhamdullillah.
nyum nyum...ayam goreng yang sedap
kaum wanita lebih kepada penyediaan bahan2 makanan yang perlu di hiris atau di potong
AYAH melawat kawasan dapur
brother Syah selaku Floor Manager... kemana sahaja bersama aturcara majlis.. ahaks!
the MCP team... ProMedia yang diketuai oleh brother Piziey
miss Farah...imported video woman from Cheras!!!!
the official photographer....hubby Moose yang sentiasa standby di tempat penyambut tetamu
assistant photographer yang comot!!!! hiks!
yes!!!! majlis sedang berlangsung
menjelang petang....masa untuk berkemas pulang
pity hubby Moose... sudahlah seharian tak tidur, menjelang petang baru menjamah nasi. owh!!! Lauk sangat sedap!!! ABAH turut memuji..katanya berbaloi dan lebih sedap dari caterer. hehe.
my dear hubby Moose yang sempat di candid!!!
{sila abaikan mata lebam...sebab dua malam beliau tidak tidur.. huuhu}
Alhamdullillah... majlis menutup tirai jam 6.30 petang.
Dengan izinNYA semua berjalan lancar... YA ALLAH! Kau berkatilah majlis ini, berikan ganjaran yang setimpal bagi mereka2 yang membantu kami dengan sepenuh keikhlasan dan penuh kasih sayang terhadap AYAH dan IBU kami secara amnya. Hanya engkau ya ALLAH bisa membalas jasa rakyat2 Kuala Selangor yang memberi keluarga kami layanan yang baik dan tidak pernah jemu membantu dalam apa jua keadaan sekalipun. Hanya engkau ya ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang bisa memberi mereka yang terbaik. Ameen.
No comments:
Post a Comment