Assalaam alaykom...hujung minggu dipenuhi dengan jemputan Openhouse. Menjadi trend di Klang Valley, ramai yang mengadakan rumah terbuka mungkin kerna kebanyakkan mereka akan pulang beraya ke kampung pada minggu awal Syawwal. Cuma tahun nie, nampak lebih meriah kerna rumah terbuka seperti kenduri pula...dengan kehadiran canopy dan yang pastinya rezeki en Caterer bertambah kerna kebiasaan juga hidangan di tempah. hmm.
Mungkin berbeza bagi saya.. jika mahu megadakan rumah terbuka, saya akan lebih gemar menyediakan masakan sendiri. Rasanya lebih seronok jika dapat merasa hasil air tangan sendiri dari en caterer. hehe. Tahun nie, we all tidak mengadakan openhouse, jika ada sahabat handai yang mahu berkunjung, khabarkan saja.. biskut raya sedia terhidang. ahaks!!!! {kiddin' eh.. bley jek dtg.. pintu rumah senantiasa terbuka}
Last Saturday... mengikut plan, saya telah setkan hanya 3 buah rumah yang akan dihadiri memandangkan lokasi masing2 berjauhan. Namun kita hanya mampu merancang, last minute perlu menyiapkan kerja2 yang lebih penting... maka hanya sempat menghadirkan diri ke openhouse di sebelah malam. Petang hari Shah Alam dilanda hujan kuat... sesudah hujan surut, saya dan hubby Moose meneman IBU ke jemputan Openhouse YB Yaakub, ADUN Kota Anggerik yang terletak berhadapan pejabatnya di Seksyen 9, Shah Alam. {owh.. tahun nie tak banyak kunjungan yang dapat dipenuhi.. huhu}
suasana di Jamuan ADUN Kota Anggerik... banyak gerai2, tetapi memandangkan bersama IBU, we all duduk di area VIP. Kebetulan AYAH ketika nie berada di China atas urusan kerja, so IBU datang menggantikan jemputan AYAH.
YB Yaakub sibuk melayan tetamu..alamak!! tiba2 uncle baju biru blockin'! nak ambil gmbo hubby Moose tapi terlindung plak.. ahaks!!!
IBU bersama kenalan
we had a good time... makanan pun sedap!
ermm... maybe semalam ramai yang keluar berjalan2.. banyak jek kenderaan atas jalan. huhu. btw Shah Alam memang terkenal dengan roundabout.. yang nie salah satu roundabout dari arah Seksyen 9. Jika mahu ke kediaman saya sila ikut sign UITM.
permandangan di Federal Highway.. sesak juga. huhu.
btw setiap hari saya akan melalui tol Batu Tiga nie untuk ke stesen tren Kelana Jaya.
pagi2 juga setiap hari akan sesak dari Subang sampai ke area nie.. lucky ada alternatif road ke Kelana Jaya melalui flyover ke arah Kawasan Perindustrian Bebas tu.
owh..petang2 ngantuk, cuci mata dengan melayan kereta merah yang berlunsur laju... hehe. Seronok juga kalo setiap pagi jalan lengang begini.. bisa menekan pedal minyak setanding kereta merah tu.. ahaks!!
eh.. tersasar cerita lain pula.. hehe. Maaf ya buat sahabat2 yang tak dapat kami penuhi jemputan anda. Mungkin lain kali di masa yang akan datang. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment