Assalaam alaykom... seminggu nampaknya bersiaran dari kampung halaman. erm.. tapi kini kampung tak sama dengan kampung 20 tahun yang lalu. Semuanya sudah berubah. Jika dahulu, saya pasti impikan rumah yang gah besar atau sekurangnya diperbuat daripada batu kerna rumah kampung milik Tok Kurus adan Tok Gemok {gelaran untuk nenek dan atuk yer} berdindingkan papan, di bawah lantainya terdapat air yang kotor. {org Penang kata aiyak acaq}. Dan pada setiap tahun, akan berlakunya air pasang...ketika itu air akan lebih bersih. Ketika itu saya mungkin tak tahu menilai sesuatu warisan atau keaslian. hmm. Kini bila semuanya sudah hilang di mata, barulah kepingin mahu memiliki rumah seperti itu.
well... lucky me berstatus cucu dan masih lagi sempat merasa rumah di atas laut. Menarik bukan? Jika pulang ke kampung MAMA di Kedah, di belakang rumah terdapat sawah padi terbentang luas... Jika pulang ke kampung ABAH, rumah Tok di atas air dan mempunyai pelantar jalan yang menghubungkan di antara setiap rumah. Kini semuanya telah lenyap pabila tanah2 tersebut telah dijadikan jalan raya dan semua penduduk disitu telah digantikan dengan rumah pangsa. YA BENAR!!!! suasana kampung nelayan tiada lagi!!! Hanya beberapa serpihan sampan yang masih kelihatan. Tidak tahu berapa lama ianya akan bertahan..yang pasti semua kenangan lama masih segar di ingatan.
Bercerita tentang kampung nelayan di Jelutong, Penang...pastinya akan mengusik jiwa kerna disana saya tempat saya dilahirkan dan dibesarkan. Disana juga tempat saudara mara akan berkumpul menjelang raya. Tok Gemok pasti akan menyediakan pulut kacau dan loyang... Rindu benar dengan juadah2 tersebut. hmm. Rumah kampung nelayan telah bertukar wajah..sudah tiada lagi nilai2 sentimentalnya..Tetapi sedikit sedih lagi pabila melihat kemudahan2 yang disediakan tidak dihargai, entah dimana silapnya...vandalisme yang kini lebih menguasai jiwa anak2 remaja. hmm.
rumah pangsa di Jelutong
permandangan di rumah pangsa
jemuran memenuhi ruang koridor
erm... contengan yang mula memenuhi dinding
going up!!
lif adalah tempat utama tumpuan contengan
datang melawat saudara mara yang masih menetap di sini, sekurangnya masih ada lagi peluang untuk mengunjungi Jelutong
sup gear box
makan sup kena guna straw
permandangan malam dari atas rumah pangsa. Kelihatan bukit bendera diterangi lampu2 di atas bukit.
Alangkah indahnya jika rumah kampung di Jelutong masih di atas air seperti dahulu. Tetapi mungkin saya juga tidak bisa menolak arus pemodenan. Yang pasti Pulau Pinang kini telah melalui arus pembangunan yang mana boleh dikatakan hampir 30% tambahan tanah dibuat bagi membangunkan rumah2 kediaman dan jalanraya. Saya tetap bersyukur kerna dibesarkan dalam keluarga nelayan dan petani. Sekurang-kurangnya mereka2 itu adalah nadi kepada penyumbang sumber makanan kepada masyarakat secara amnya. Dan biarlah memori2 itu terus tersemai di jiwa. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment