Wednesday, September 15, 2010

* Eid ul-Fitr @ 3 Syawwal *

Assalaam alaykom... masuk ke hari ketiga Syawwal, pastinya wajah tersenyum girang kerna mahu pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang. owh..sepanjang perjalanan pastinya hati menyanyi lagu 'Balik Kampung'. hehe. Kelainan tahun ini, pertama kalinya pulang beraya ke kampung menaiki bas ekspress. Lucky US, walau beli tiket pada saat2 akhir.. masih lagi berpeluang beraya di dalam bas. hiks! Pastinya we all memilih Five Stars coach, sepanjang perjalanan melayan mata dengan movie!!! go go Avatar!!! hehe.

Sampai sahaja di rumah, lauk-pauk sudah terhidang... big thanks to brother Joe and family, sista Sue and sista Laila yang sudi membantu MAMA menyediakan juadah eid. erm... biasalah MAMA, walau seribu kali dipesan tak perlu masak banyak2...namun MAMA tetap juga menyediakan pelbagai jenis makanan. {erm..mungkin lumrah tukang masak kot, dah biasa masak berkoyan2.. hmm}.

Eid kali nie, MAMA menyediakan laksa Penang, bihun Singapore, ayam goreng berempah, roti jala, ketupat, nasi impit, lemang, kuah kacang, gulai daging, gulai ayam, rendang {eh...nie menu baru sebab ade menantu kelahiran nogri kott.. hehe}... ditambah dengan biskut raya dan kek lapis Sarawak. {bak kata MAMA...tahun nie semuanya elemen Sarawak, sebab anak MAMA kan baru jek pulang dari shoppin'...ehhh!!!! meetin' di Sarawak tempoh hari.. hehe}. Well....sambutan eid di kampung kelahiran saya, sedikit kurang meriah kerna kehilangan ahli keluarga baru2 ini, namun kami pasrah dengan pemergian Cik Ah... yang pasti kami yang masih bernafas harus menjalani kehidupan seperti biasa dan pastinya tidak mahu melepaskan peluang berkumpul ahli keluarga beramai2 seperti eid sebelumnya. hmm.. Okay mari layan pics ya..

sampul untuk kids..{saya nak juga!!! hiks!!}

lil' Aiman's potret

the kucingsss

kek lapis berwarna warni dari Dayang Salhah

kek lapis homemade by aunty Nana

alas meja corak kumbu buat MAMA

nyum nyum ayam goreng

lemang and the gang

hubby Moose in action

helpin' brother Joe goreng ayam

after this bley la hubby Moose goreng ayam di rumah pula.. hehe

MAMA berehat setelah penat memasak

lil' cutie gurl in pose!

brother Joe's friends

makan tyme... brother Anuar and Tok Baba

lil' Aiman's friends turut datang beraya

makan laksa yer.. hehe

lil' Khayra

sista Nana with her daughter

brother Mie and his youngest son

kids in action

pastinya kanak2 yang paling gembira menyambut eid

aksi2 di petang Syawwal

brother Syam

hubby Moose and brother Jan

lil' Aiman yang keletihan...pity him, demam menjelang tengah malam.

Alhamdullillah...gembira dapat bertemu sanak saudara di Syawwal yang mulia. Walau mana penat, pasti tak terasa dengan kehadiran saudara mara yang jauh dan dekat, ditambah dengan keriangan kanak2 yang menceriakan hari2 yang indah ini. Sudah pasti saya yang paling gembira kerna bisa menyambut eid bersama keluarga terchenta, dalam kesihatan yang baik semuanya... walaupun KAMI masih berdua, belum diberi rezeki untuk bertiga, namun hati terubat dengan kehadiran ramai anak2 kecil. Syukur kepada ALLAH swt kerna kami masih bisa bersama meraikan Eid Muabarak pada tahun ini.

2 comments:

  1. Seronoknya berkumpul bersama sanak saudara :)

    ReplyDelete
  2. Kakcik...

    sesekali dapat berkumpul happy sgt. selalu masing2 sibuk tkde masa berkumpul beramai2 kan.

    ReplyDelete