Tuesday, September 21, 2010

* KeSAHIHan *

pic tiada kaitan dengan cerita... from my lil' collection

Assalaam alaykom... sejurus mengisi masa lapang dengan membaca keratan akhbar online. Rasanya sudah lama tidak lagi membeli newspaper. Jika dibeli pun mungkin kerna breakfast di pagi hari sebelah kedai paper. hehe. Sememangnya setiap hari perkara rutin saya adalah menekan suis TV setiap malam untuk berita perdana. Dan jika tidak, setiap pagi saya akan mendengar berita di Bernama radio. Itu adalah perkara2 wajib diikuti agar tidak ketinggalan dengan berita2 utama, sekurangnya saya akan mengikuti perkembangan semasa. Kerna bagi saya, setidak-tidaknya jika berada di kelompok masyarakat, diri ini tidak tercengang! hehe.

Berbalik dengan berita, sumber utama adalah berita perdana di TV atau alternatifnya berita maya. Tetapi bayangkan keadaan masyarakat yang kurang celik IT? Harus bagaimana mereka bisa mencapai berita yang berlainan sumbernya dari berita perdana atau berita di suratkhabar ya! erm... Lazimnya kita akan mempercayai berita apa yang kita dengar. Tetapi pernahkah anda terfikir sumber itu tiada kesahihannya? Pabila mendengar, pabila membaca...pertama sekali sumber itu terus masuk ke minda. Tetapi pernahkah anda terfikir kenapa ada yang menyaman sumber berita yang kita 99% percaya akannya? hmm.

Jika ditanya, saya sendiri akan merujuk kepada beberapa sumber SETELAH saya menyedari berita perdana secara amnya berat sebelah. Kenapa mereka tidak telus? Kenapa harus mengadakan berita yang lebih propaganda sahaja? owh..ini gara2 saya terbaca satu statement.. "Seramai bla bla ahli keluar dari parti bla bla bla kerana bla bla bla." YA!! pabila mendengar perkataan parti itu, pastinya ia berkait dengan politik. owh!! I'm not politician ya!! Dimana kesahihan berita? Kenapa tidak mengkhabarkan berita yang lebih telus tak kisahlah ianya berpihak pada parti mana2. Harus lebih jelas menyatakan sebabnya!!! bukan sekadar kurang percaya kepada pucuk pimpinan. Benarkah mereka kurang percaya? Atau sebenarnya mereka mempunyai agenda yang lain? hmm.

enough said!!! Saya lebih percaya pada kata hati. Tepuk dada tanya selera... mau makan apa bersama insan terchenta. ahaks!

2 comments:

  1. Mr B kata.. bila ada sahaja yang keluar parti, skripnya adalah sama sahaja.. seolah2 satu surah yang wajib dibaca bila keluarnya mereka dari parti itu... tetapi di sebelah pihak lagi... keluarlah berapa ramai pun, senyap sunyi sahaja... tiada pula surah yang dibaca...

    ReplyDelete
  2. haha... setuju dengan kakcik. sbb surah tu sama jek, tu yg pelik. tp dengar salunya org2 yg keluar tu dapat habuan. tahap mana kesahihan fakta tu tk tau lah. hmm

    ReplyDelete