Thursday, September 12, 2019

* Welcome HOME lil' Elhan *

Assalam alaykom... Alhamdullilah ketika catatan ini ditulis, lil' Elhan semakin sihat dan stabil walaupun masih lagi menjalani rawatan susulan untuk tempoh tiga bulan yang pertama ini. Bersyukur ke hadrat ALLAH swt yang menghadiahkan keluarga kecil kami seorang lagi lil' mujahid dinamakan Elhan Al Qadry bin Mus'ab Al Khair yang bermaksud "the Powerful Eloquence Prince" atau dalam Bahasa Melayu membawa maksud Putera yang mempunyai kekuatan suara yang merdu/berkebolehan berbicara. InshaAllah.



Kelahirannya lebih awal pada 36 minggu 6 hari berikutan air ketuban (amniotic fluid) telah berkurangan tanpa sedar. Ketika hari kejadian, saya pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan terakhir sebelum tarikh jangkaan bersalin pada 7 Julai 2019. Memandangkan air ketuban telah kurang, doktor terus meminta masuk wad untuk proses bersalin pada sebelah petang dek kerna saya baru sahaja bersarapan pagi dan perlu jarak masa enam jam sebelum masuk ke dewan pembedahan. Walau bagaimanapun kami diberi ujian lil' Elhan mengalami masalah pernafasan dan menjalani rawatan di NICU selama lima mingu. Cerita bersalin dan rawatan lil' Elhan sepanjang lima minggu di hospital akan disambung dalam entry akan datang. InshaAllah. 


Bagi yang mengikuti IG Cyanamoose, mungkin telah sedia maklum lil' Elhan menjalani rawatan lima minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Pada mulanya diagnosis Pneumonia dengan pulmonary hyperension dan kemudian diagnosis Chronic Lung Disease (Prolonged 0xygen Dependence) berikutan terlalu lama bernafas melalui tiub oksigen. Keadaan beliau juga ketika di NICU tidak stabil dan menyebabkan terpaksa menetap lebih lama di hospital. Sepanjang tempoh itu, saya berulang setiap hari melawatnya untuk membawa bekalan susu. Sesekali dapat menyusu (direct breastfeeding) jika lil' Elhan stabil. 


Syukur Alhamdullillah lil' Elhan semakin ceria dan sihat sepanjang berada di kediaman selama empat minggu. Setakat ini tiada kejadian yang tidak diingini seperti batuk, muka biru atau muntah dan beliau hanya perlu meneruskan jadual makan ubat untuk tempoh enam bulan pertama bagi membantu pernafasannya. 



lil' Elhan di tidurkan dalam posisi yang lebih tinggi

 cutie lil' Elhan pada usia sebulan


Alhamdullillah...selesai pengambilan imunisasi pertama. 


welcome to real world lil' Elhan Al Qadry!!! 
Semoga diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh. Ameen. 
We loves you so much. 

#elhanalqadryjourney 

No comments:

Post a Comment