June 27th, 2019...Happy Belated Birthday hubby Moose!!!!
Kehamilan ketiga saya memilih untuk bersalin di Avisena Women's & Children's Specialist Hospital yang sebelum ini dikenali dengan nama DEMC Specialist Hospital. Rezeki bayi, hospital ini adalah hospital yang baru sahaja dibuka pada bulan Mei 2019 yang lalu terletak di Seksyen 14 Shah Alam berhadapan dengan UTC Shah Alam (Previously Anggerik Mall). Saya juga menjalani pemeriksaan kehamilan dengan Dr Nor Azhana iaitu doktor yang sama menyambut kelahiran lil' Eijaz dua tahun yang lalu agar mudah dirujuk rekod perubatan saya.
Memandangkan kelahiran ketiga telah ditentukan C-zer, maka saya lebih awal memilih tarikh cadangan untuk bersalin. hehe. Pada mulanya tarikh bersalin yang dipilih adalah 5 Julai 2019 (Jumaat), kerna tarikh tersebut jatuh pada Anniversary perkahwinan kami namun dek kerna hubby Moose pula sibuk dengan jadual kerja, maka seterusnya saya memilih 7 Julai 2019 (Ahad) untuk bersalin. Walau bagaimanapun ALLAH SWT sebaik-baik perancang telah menentukan saya bersalin seminggu lebih awal bersamaan tarikh birthday hubby Moose memandangkan air ketuban telah kurang tanpa saya sedar. Alhamdullillah tepat jam 4.40 petang, saya mendengar tangisan lil' Elhan yang mana sebelum itu saya di masukkan ke wad pada jam 2 petang untuk insulin dan dewan bedah pada jam 4.00 petang dengan bacaan gula 4.9. Sebenarnya berdebar juga tiba-tiba tanpa kesediaan terus ke wad bedah untuk bersalin.
Sepanjang tempoh kehamilan saya mengalami kegatalan atau alahan di bahagian kaki sahaja. Selama sebulan saya menjalani rawatan dan berpantang makanan untuk meredakan kegatalan yang kadang menyebabkan luka jika digaru. Pada awal kehamilan, saya terjatuh di rumah sekali namun tiada sebarang kecederaan atau komplikasi. Alhamdullillah kehamilan kali ini lebih mudah cuma sesekali berdepan cabaran menjaga dua anakanda pabila hubby Moose outstation.
Pengalaman kelahiran bayi ketiga berbeza dengan ujian lil' Elhan di rawat di NICU selama 5 minggu dan saya hanya dapat memegangnya pada hari ke tujuh kelahiran. Namun kami tetap bersyukur dengan rezeki lil' Elhan yang melimpah ruah, dijaga sebaiknya di NICU selain kami juga tumpang mendapat bilik wad yang istimewa selama 5 hari 4 malam. Lil' Elhan dikhabarkan lahir dengan baik tetapi kemudian pernafasannya mula tidak stabil selepas dua jam di dunia. Cerita selanjut mengenai perjuangan lil' Elhan inshaAllah akan dikongsi pada entry yang akan datang.
Apa yang pasti, selepas keluar dari dewan pembedahan saya dikhabarkan keadaan lil' Elhan tidak stabil dan sedang bertarung nyawa di NICU kerna terdapat jangkitan kuman di paru-paru. Ketika itu, hanya kepiluan menyelubungi jiwa namun saya terus bertahan untuk mengukir senyuman selepas melihat wajah lil' Emir dan lil' Eijaz yang gembira bertanyakan 'Mana Baby?'... hmmm.
pose bertiga di pagi hari... saya sempat menghantar lil' Emir dan lil' Eijaz ke taska.
ready with 'photoshoot' dress. hehe
selfie third pregnancy di ruang legar lif sebelum bertemu doktor. Plan ketika ini selepas check up, kami akan ke lunch date dan pregnancy photoshoot
Avisena Women's & Children's Specialist Hospital
kedai bunga yang akan menarik perhatian mata
churros stall favourite dengan hot chocolate yang lazat
permandangan dari Aras 12 dapat di lihat restoren di Aras 8
(aras yang sama Dewan Bedah dan NICU)
(aras yang sama Dewan Bedah dan NICU)
klinik Dr Nor Azhana di Aras 12
wad Floral (wad bersalin) di Aras 13..cantik sejuk mata memandang
props kasut anak-anak yang saya bawa untuk photoshoot. hehe
Akhirnya props kasut anak-anak ditakdirkan hanya photoshoot di wad setelah saya terus ditahan untuk bersalin lebih awal. Lucky me dapat wad bermotifkan Monstera.. LOVE
kasut lil' Elhan menjadi hiasan.. hehe
permandangan di Wad Floral
Kami terus mencari lokasi untuk 'pregnancy photoshoot' memandangkan masa suntuk dan perlu berehat untuk sesi kemasukan insulin sebelum ke dewan bedah. Thank you Nurse benarkan saya keluar sebentar walau pun photoshoot dengan tag nama hospital di tangan.
Thank you hubby Moose yang sudi juga melayan kerenah wifey pada saat akhir
Dua botol air insulin untuk menurunkan bacaan gula dek kerna kali ini bacaan gula agak tinggi dan terpaksa dua kali membuat ujian gula sendiri di rumah.
Nurse mengambil bacaan gula
ready untuk ke dewan bedah...
penantian dan debaran menanti semasa di wad
Perjalanan ke Dewan Bedah di Aras 8
hubby Moose setia menanti di luar Dewan Bedah yang mengambil masa 2-3 jam
Alhamdullillah saya selamat melahirkan anak ketiga yang mana kali ini saya dimasukkan ke Dewan Bedah pada jam 4.10 petang, diterangkan komplikasi sebelum disuntik Epidural dan mendengar tangisan lil' Elhan pada jam 4.40 petang. Dua kali Nurse menunjukkan wajah lil' Elhan sebelum membawanya pergi dan sepanjang itu saya dalam keadaan separa sedar kerna Nurse sentiasa akan bercakap agar saya tidak terus tidur. (owh...selfie ini dirakam pada sebelah malam selepas sedar sepenuhnya)
lil' Emir dan lil' Eijaz yang tiba dalam jam 7 petang selepas pulang dari taska... Gembira mendapat berita menerima adik baru tetapi sedikit gusar mencari adik mereka yang tidak kelihatan sepanjang berada di hospital.
gambar kenangan husband and wife selepas menerima kelahiran anak ketiga
family datang membawa kek untuk hubby Moose
birthday cake untuk hubby Moose dan lil' Elhan
cute balloons
family Hezrians
Thank you to Wayfarers yang sentiasa memberi sokongan dan meluangkan masa bersama keluarga. Terima kasih juga kepada pihak hospital yang memberi peluang AYAH melawat cucunya semasa di NICU.
IBU and her third son
the next morning!!!
owh my lil' Eijaz yang masih tidak mengerti kenapa Umy berada di atas katil tanpa mendukungnya.
nyummy breakfast
lil' Emir and lil' Eijaz
hubby Moose menjaga lil' Emir & lil' Eijaz sepanjang tempoh berpantang
surprise balloons for lil' ELhan by miss Ami.. thanks dear!
lunch meal
Thanks to miss Ami yang datang melawat selepas sampai balloons-nya. hehe
Avisena's Top Management Ladies datang melawat pesakit
lil' Emir peneman setia
minum susu pun nak sebelah Umy
pity them... tidur keletihan setiap hari berulang ke hospital
katil menjadi tumpuan untuk bermain.. huhu
my lil' Emir... first time sarungkan socks Umy. so touch!
nasi daging kunyit by miss Ami from Makan_Sat
delicious meal and beautiful view @ Ward Kenanga
hubby Moose membawa anakanda berjalan-jalan untuk mengelak rasa bosan duduk di wad hospital
children playground di Aras 10
children playground di Aras 10
children playground di Aras 10
miss Ami and lil' Emir
bergambar kenangan bersama family Dr Yusra
hari kelima IBU sekali lagi datang melawat dengan membawa bunga
bergambar kenangan dengan Nurse & Sister Aras 17 sebelum pulang
katil kenangan di Kenanga yang menjadi tempat tidur selama menginap di Avisena.
Alhamdullilah, hadiah dari Hospital Avisena upgrade bilik dan menempatkan saya di Wad Kenanga di Aras 17 untuk kelahiran anak ketiga
Aras 17 Avisena Women's & Children's Specialist Hospital
Bilik Kenanga di Avisena Women's & Children's Specialist Hospital. Bahagian ruang tamu dan bilik untuk peneman
Ruang katil pesakit
bilik mandi yang cantik
bergambar di hadapan Wad Kenanga
barangan untuk dibawa pulang
pose with lovely roses
look at my happy lil' Eijaz
gambar kenangan dengan Dr Nor Azhana yang menyambut kelahiran dua orang anak saya
lil' Eijaz bersama Dr Azhana yang menyambut kelahirannya
Terima kasih kepada pihak Pengurusan, semua nurse dan doktor yang menjaga kami sekeluarga sepanjang berada di hospital.
Umy pic by lil' Emir... rutin Umy ke hospital untuk melawat lil' Elhan
Homecare Avisena yang membuat lawatan susulan ke kediaman
koleksi ubat... huhu.
susu EBM pertama pada hari ketiga di wad... mungkin agak stress menyebabkan susu tidak begitu banyak namun saya terus juga mengepam susu untuk bekalan lil' Elhan
rutin di rumah, pam susu setiap dua jam untuk lil' Elhan
sesi pam EBM dalam kenderaan selepas pulang dari hospital..
janji ada sahaja masa terluang saya akan pam susu
janji ada sahaja masa terluang saya akan pam susu
lauk pauk berpantang dari Makan_Sat pada minggu pertama berpantang di rumah
churros dan hot chocolate yang menjadi menu kegemaran
my lil' two EAQ yang setiap hari bertanyakan 'baby'.. huhu
Selama lima minggu, rutin setiap hari kami ke hospital melawat untuk menghantar susu buat lil' Elhan. Memandangkan keadaan lil' Elhan ketika itu kurang stabil, sesekali saya hanya dapat melihat tanpa memegangnya.
Gambar kenangan berkerusi roda sepanjang tempoh sebulan ketika melawat lil' Elhan bagi mengelak dari banyak berjalan. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan moral kepada keluarga kami dalam menempuh ujian kecil ALLAH SWT.
#prayforbabycyanamoose #elhanalqadryjourney
No comments:
Post a Comment