Save the date!
September 30th is NICU Awareness Day!
lil' Elhan's first shoes @ Monstera Ward.
Assalam alaykom... coretan kenangan buat lil' Elhan Al Qadry sempena Neonatal Intensive Care Awareness Month.
Gambar kasut lil' Elhan diambil sejurus saya dimasukkan ke wad untuk menunggu masa sebelum bersalin. Bersalin kali ketiga secara Caesarean Delivery (C-Section) tanpa pilihan lain kerna dua anak sebelumnya turut dilahirkan secara C-Section. Sukarnya kali ini saya perlu membuat keputusan sama ada mahu membuat BTL (Bilateral Tubal Ligation) atau lebih mudah dalam bahasa harian 'ikat' yakni memberhentikan peluang kehamilan seterusnya.
Saya dan hubby Moose mendapatkan nasihat doktor dan telah diterang dengan jelas mengenai BTL dan komplikasi yang mungkin berlaku jika saya mengandung lagi untuk kali keempat. Dengan itu, saya membuat keputusan yang mana saya kira ini adalah keputusan yang paling sukar setelah difikirkan selama sembilan bulan yang lalu, namun akhirnya saya memberi kata putus untuk melaksanakan BTL sebelum melewati Dewan Bedah. Faktor utama saya memilih BTL adalah kerna usia yang menjangkau ke 40 tahun selain jarak kelahiran anak-anak agak rapat dan mereka juga semuanya masih kecil. Bukanlah saya mahu menidakkan rezeki ALLAH SWT tetapi menimbangkan kemudaratan kepada kesihatan dan keupayaan saya, maka BTL adalah jalan terbaik. Cukuplah kami dikurniakan tiga orang putera dan InshaAllah akan mendapat tiga orang puteri pada masa akan datang. Ameen.
Perasaan untuk melahirkan lil' Elhan agak tenang walaupun perlu bersalin dalam masa 24 jam dari waktu pemeriksaan tersebut dan lebih awal dari tarikh perancangan. Saya sendiri memilih untuk bersalin segera agar tarikh lahir sama dengan birthday hubby Moose pada 27 Jun. Namun kegembiraan kami untuk meraikan double birthday di dalam keadaan yang sedikit sedih apabila dikhabarkan lil' Elhan berada dalam keadaan kritikal di NICU (Neonatal Intensive Care Unit). Saat itu, jantung seperti mahu luruh memikirkan kesihatan lil' Elhan kerna pernafasannya tidak stabil selepas dua jam kelahiran. Hanya pada jam 11 malam Dr Vidya, paediatrician datang memaklumkan progress kesihatan lil' Elhan. Saya hanya mampu berdoa dalam keadaan masih terbaring di atas katil. Sepanjang malam saya tidak dapat tidur mengingatkan lil' Elhan dan terasa seakan sunyi pabila bersalin tanpa dapat memegang baby... hmmm.
Pada petang 28 Jun, setelah dinyah dari pautan air, saya menguatkan diri untuk bangun melawat lil' Elhan di NICU. Ketika itu kesakitan terasa seakan seperti setiap langkah kaki menikam diri sendiri. Saya menaiki kerusi roda dan apabila melihat lil' Elhan sekali lagi sayu menyelubungi jiwa. Saya tidak dapat menahan air mata menangis melihat keadaannya yang dipenuhi kesan jarum dan wayar. Jika saya sendiri berasa sakit, apatah lagi lil' Elhan yang masih bayi. Maka saya terus memberitahu diri untuk terus kuat untuk memberi semangat kepadanya. Saya tidak boleh menangis di hadapannya, dan dimaklumkan oleh nurse lil' Elhan seorang bayi yang kuat kerna beliau mampu menarik wayar sehingga menyebabkan nurse membalut kedua-dua tangannya. Strong boy, Elhan!!!
Gambar kenangan lil' Elhan sepanjang lima minggu (36 hari) dirawat di Avisena Women's & Children's Specialist Hospital. Lil' Elhan dilahirkan pramatang pada 36 minggu 6 hari dengan berat 2.47 kg, dan pada mulanya dikesan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga menyukarkan pernafasannya. Beliau disahkan mengalami Chronic Lung Disease yakni perlu bernafas dengan bantuan oksigen melalui saluran tiub menggunakan mesin ventilator, seterusnya mesin oksigen [diagnosed Pneumonia with pulmonary hypertension and chronic lung disease (Prolonged 0xygen dependence)].
Sekadar rujukan:
What is Chronic Lung Disease?
Sekadar rujukan:
What is Chronic Lung Disease?
Chronic lung disease (CLD) in infants refers to long-term breathing and lung problems in premature babies. It is also known as bronchopulmonary dysplasia (BPD).
Chronic lung disease is a serious complication of prematurity resulting from poor lung growth and lung injury. It can occur when babies are born prematurely and need respiratory support to help them breathe.
What causes CLD in infants?
The causes of infant chronic lung disease are not entirely clear. In general, lung prematurity with poor lung growth after birth and injuries or damage to a baby’s lungs are considered to be the main reason for premature infants developing chronic lung disease.
Ketika tulisan ini dicoret, lil' Elhan masih meneruskan jadual pemakanan ubat dan masih dipantau pernafasannya.
Day 2: Collage yang digunakan untuk update family members
Day 3: Lil' Elhan menjalani Xray untuk memeriksa kondisi jantung.
Lil' Emir dan lil' Eijaz dibawa pulang sebentar ke rumah untuk mengelakkan bosan terlalu lama di hospital
Lil' Emir dan lil' Eijaz dibawa pulang sebentar ke rumah untuk mengelakkan bosan terlalu lama di hospital
Day 4: Lil' Elhan masih di bawah UV untuk merawat jaundice (kuning)
NICU @ Avisena
Lil' Elhan @ NICU dengan penggunaan mesin ventilator. Kali pertama saya melawatnya pada 28 Jun 2019 jam 5:20 petang iaitu selepas 24 jam kelahirannya
sentuhan pertama dan ketika ini mengalir air mata melihat keadaan lil' Elhan yang diselaputi wayar. Wajahnya ditutup dengan mask dan balutan. Suaranya juga tidak dapat didengar kerna dimasukkan tiub untuk susu dan ubat
hubby Moose and lil' Elhan
sesi lawatan harian dan menghantar bekalan susu kepada lil' Elhan
lil' Elhan pada hari keenam di dunia. Susu diberi melalui tiub dan ketika ini suara pun tidak kedengaran
Keep smiling and be strong Elhan!!!
day 6
setiap hari ditolak dengan kerusi roda kerna luka C-Zer belum pulih sepenuhnya
Day 7... lil' Elhan tidak lagi berada di bawah UV dan telah ditukarkan ke mesin oksigen dengan tiub besar
Hari pertama memeluk lil' Elhan pada hari ketujuh
Be Strong!!!
my cutie Elhan
hari kelapan saya dibenarkan untuk breastfeeding... Alhamdullillah!! Namun perjalanan breastfeeding up and down, saya hanya dibenarkan breastfeeding jika lil' Elhan stabil
pertama kali melihat lil' Elhan membuka mata dan mendengar suaranya
lil' Elhan perlu ditidurkan lebih tinggi pada dada sebelah kiri untuk membantu pernafasannya
bilik lil' Elhan di NICU
Nama lil' Elhan didaftarkan pada hari kedua belas
Aby Moose melawat lil' Elhan
Aby's touch
my dear lil' Elhan!
calm
pose kenangan di hadapan NICU
Alhamdullillah setiap hari saya gagahkan diri meluangkan masa untuk melawat lil' Elhan
cute moment!
lil' Elhan yang ketika ini hampir berusia sebulan
hari terakhir di NICU. kerusi duduk tempat saya menyusu lil' Elhan
thank you Nurses @ NICU
Lil' Elhan dibuka tiub oksigen selama 48 jam sebelum dipindahkan ke Nursery namun beliau kembali tidak stabil dan terpaksa dipasang semula tiub oksigen
Nurseri @ Avisena
hari pertama lil' Emir melihat adiknya
rutin Umy melawat lil' Elhan
Aby, Umy with lil' Elhan
my lil' Elhan yang telah ditukarkan ke tiub saluran oksigen yang paling kecil
one for the album
brothers memberi sokongan kepada lil' Elhan
lil' Elhan yang suka menarik kabel.. hehe
so cute!
visitor yang melawat dari bahagian luar Nurseri
IBU turut melawat cucu
Nursery pic for memory
Nursery pic for memory
Nursery pic for memory
Nursery pic for memory
sementara menunggu Umy melawat lil' Elhan, Lil' Emir dan lil' Eijaz bermain
wefie together
ubat-ubatan lil' Elhan
ubat-ubatan lil' Elhan
mesin yang diguna untuk monitor lil' Elhan
tangan yang diguna untuk teman lil' Elhan
my lil' Elhan @ Nursery
my first kiss!!!
katil lil' Elhan di Nursery
lil' Elhan pada usia sebulan yang suka bermain
rutin Umy visit & selfie
rutin Umy visit & selfie.. hehe
Elhan pada hari ke 34 selepas 48 jam tanpa tiub oksigen, bersedia untuk dipindahkan ke wad
Wad Floral yang menetapkan lil' Elhan selama dua malam
my lil' Elhan finally beradu di wad
nurse setup mesin untuk memantau pernafasan lil' Elhan
hubby Moose with lil' Elhan sebelum pulang kerna kami tidak dibenarkan menerima pelawat lain
malam pertama bersama Umy
malam kedua anakanda Emir dan Eijaz datang ke wad untuk makan malam bersama Umy
lil' Eijaz mencari baby yang mana lil' Elhan dihantar ke Nursery buat sementara
good night lil' Elhan
the final day @ Avisena
photoshoot tyme with Umy!
lil' Elhan @ Floral Ward
bergambar kenangan bersama nurses @ Nursery
Alhamdullillah... tanggal 2 Ogos 2019 membawa lil' Elhan pulang ke kediaman #TeratakCyanamoose
first follow-up lil' Elhan
Imunisasi pertama selesai disuntik... Alhamdullillah
barangan lil' Elhan semasa berpantang di kediaman
bekalan ubat lil' Elhan untuk tempoh 3 bulan pertama
Alhamdullillah... safely home!!! Ahlan wasahlan ya habibi!!!
Syukur Alhamdullillah, lil' Elhan semakin sihat dan kini telah mencapai berat 5kg malah bisa tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua pipinya.
Kami sekeluarga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Avisena Women's & Children's Specialist Hospital amnya, pihak Pengurusan Hospital, para doktor terutamanya Dr Vidya dan semua jururawat yang merawat dan menjaga lil' Elhan sepanjang beliau di hospital. Terima kasih kepada semua ahli keluarga, kenalan dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anakanda lil' Elhan Al Qadry. Love!
No comments:
Post a Comment