Date: 1st September 2019
Location: Putrajaya
Assalaam alaykom... ringkasan sempena majlis Tahneek anakanda ketiga Elhan Al Qadry yang ketika majlis usianya mencecah 65 hari. Kebiasaan tahneek akan dibuat pada hari ketujuh kelahiran namun dek kerna lil' Elhan ketika itu masih dirawat di hospital. Namanya juga didaftar secara rasmi pada hari ke-14 dan benar penantian penuh debaran setiap hari menunggu perkhabaran beliau dari Paednya. Lil' Elhan pulang ke rumah selepas 5 minggu dirawat di hospital. Di rumah, beliau masih menjalani tempoh kuarantin yang mana perlu diasingkan dari kedua abangnya untuk menghindari sebarang jangkitan terutamanya batuk dan selsema. Keluarga ABAH dan MAMA turut melawatnya pada Hari Raya Aidiladha walau sebentar sahaja bermain dan memegangnya.
Kebetulan bulan September terdapat dapat cuti dan kami mengambil kesempatan berkumpul di kediaman AYAH dan mengadakan solat hajat buat anak buah Uzayr yang akan menduduki peperiksaan UPSR, majlis tahneek lil' Elhan dan juga sambutan ulang tahun kelahiran IBU. Keluarga besar Wayfarers juga pertama kali bertentang mata dengan anakanda Lil' Elhan. Alhamdullillah, majlis tahneek Lil' Elhan yang serba ringkas disempurnakan oleh Jiddynya sebelum mereka kembali turun padang untuk mengikuti program bersama rakyat.
Sedikit gambar kenangan buat Anakanda Elhan Al Qadry Mus'ab Al Khair pada hari tahneeknya.
Lil' Elhan @ 65 days old. Memakai baju turun-temurun yang sama dengan abang-abangnya. (lucky me... baju masih muat. hiks)
the FIRST pic of EAQ brothers!!!
Emir 4 tahun 6 bulan, Eijaz 2 tahun 3 bulan dan Elhan 65 hari
brother Emir yang tidak boleh berjauhan dengan lil' Elhan
doorgift yang saya sediakan... sticker ditempah lebih awal walaupun tarikh majlis tahneek belum ditentukan
custom personalized stickers, mineral waters dan marshmallow dari Parteeandsuch
NICU's photo collections
the gift
simple decoration with balloon untuk IBU.. hehe
owh... plus hand sanitizer dan mask untuk para tetamu
Jiddah dan Elhan
Jiddy menimang lil' Elhan seperti Simba The Lion King.. hehe
my cutie strong lil' Elhan
Jiddy & Jiddah bersama lil' Elhan, cucu ke-16
lil' Emir, cucu ke-10
tahneek dilaksankan oleh Jiddy Elhan dengan menyuapkan air kurma
cute candid moment
Alhamdullillah sempurna dan selesai tahneek Elhan dengan bacaan doa kesejahteraan
Semoga membesar menjadi anak yang soleh
kebetulan sedondon warna dengan IBU dan AYAH
lovely moment!
my dear lil' Emir
family picture with Elhan's Grandparents
behind the scene... Aby Moose sedang tekun merakamkan gambo
Wayfarers family portrait
my dear lil' Elhan dengan baju dinasour-nya
my three EAQ Prince... Emir, Eijaz & Elhan dengan signature yellow shirt. Love!
Doakan kesihatan lil' Elhan dan kesejahteraannya... semoga menjadi anak yang soleh dan menyumbang jasa kepada keluarga, bangsa dan negara. Ameen.
Love you all for the sake of Allah subhanu wa ta'ala.
No comments:
Post a Comment