Tuesday, September 17, 2019

* 3rd Pregnancy | Maternity Photoshoot *

#elhanalqadryjourney

Assalam alaykom... sedikit gambar buat kenangan 3rd Pregnancy walaupun #throwback dan sekarang telah kembali ke rutin biasa. Anak ketiga mulanya dinamakan #thirdEAQ sebelum mendapat nama rasmi nya Elhan Al Qadry. Memandangkan jadual biasa agak sibuk, maka saya tidak berkesempatan photoshoot lebih awal dan hubby Moose juga tidak mahu photoshoot bersama dua anakanda yang mungkin akan lebih 'havoc' jadinya. huhu. Akhirnya kami merancang untuk photoshoot pada 27 Jun 2019 iaitu jatuh pada hari birthday hubby Moose. Saya rancang bercuti kerna final pregnancy checkup pada sebelah pagi, kemudiannya ingin special lunch dan terus ke sesi photoshoot. Tema #thirdEAQ adalah grey+yellow tetapi Umy belasah pakai dress yang muat. ahaks! 

Sebelah pagi saya ke hospital seorang diri kerna hubby Moose mempunyai urusan di luar tetapi setelah diperiksa air ketuban yang telah sedikit, maka saya dinasihatkan untuk terus bersalin. Maka episod seterusnya, terbatallah semua perancangan (beg hospital pun masih di rumah.. hehe). Hubby Moose terus segera ke hospital dan sebelum bertukar ke uniform wad, saya meminta izin untuk turun ke perkarangan hospital mencari tempat 'photoshoot' ahaks! 

Alhamdullillah sempat juga saya merakam gambar kenangan 3rd Pregnancy di perkarangan laman Avisena Women's & Children's Specialist Hospital di Aras 10 dengan berlatar belakangkan bandar dan Masjid Shah Alam. happy!

 kehamilan pada 36 minggu dan 6 hari

photoshoot di perkarangan laman Aras 10 

 make du'a for my lil' #thirdEAQ

 berat ketika ini 82 kg

 Photoshoot bersama tag nama hospital.. ahaks

 lovely piece by hubby Moose

the silhouette @ Floral Ward, Level 13

Thank you hubby Moose for the beautiful collections walaupun last minute pose at Avisena Women's & Children's Specialist Hospital

#prayforbabycyanamoose #thirdEAQ #elhanalqadryjourney

No comments:

Post a Comment