Assalam alaykom... menghitung minggu-minggu penghujung kehamilan bersama lil' EAQJunior yang mana anakanda kedua ini tidak pula mempunyai nama gelaran. Mungkin dek kerna Umy agak sibuk dan hampir terlupa keberadaan kamu. hmm... Namun kehamilan kedua ini setidaknya memberi sedikit ujian kecil bermula dengan alahan kulit seakan kelopak garam seluruh badan kemudiannya beberapa kali mengalami 'minor bleeding' , kesakitan pada pangkal paha dan dua kali mengalami kekejangan otot sehinggah saya tidak mampu berjalan. Benar pabila ALLAH swt menarik sedikit nikmat kesihatan ketika itu hanya mampu berdoa agar pembesaran lil' EAQJunior dipermudahkan dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Ketika catatan ini ditulis, saya telah memasuki fasa 3rd Trimester namun dikhabarkan doktor berat kandungan agak kecil dan tidak mengikut jadualnya. Dan ketika mana saya perlu membuat keputusan untuk memilih pembedahan sekali lagi maka saya perlu lebih awal melahirkan anakanda sebelum tarikh jangkaannya.
Kehamilan kedua ini hanya diketahui selepas masuk bulan kedua dan setelah menyedari kewujudan anakanda saya terus mengalami 'minor bleeding' sehingga masuk ke fasa ketiga. Alhamdullillah saya masih diberi kekuatan untuk mengukir senyuman menanti kelahiran anakanda kedua walau berdepan dengan dugaan anakanda Emir yang sakit dan terpaksa bermalam di hospital beberapa hari dan juga masih lagi mahu terus menyusu. Anyway... special thanks to hubby Moose yang banyak membantu dan prihatin dengan kesihatan wifey.
Sekali lagi terima kasih kepada hubby Moose yang meluangkan masa merakamkan potret kenangan kehamilan kedua. Sebenarnya agak sukar ketika diminta memberi pose semasa sedang sarat dengan kesihatan saya yang tidak menentu. Namun saya sempat juga dua kali merakam detik indah sebelum masuk ke dewan bedah. Pertama ketika kandungan 36 bulan dan bersama anakanda Emir yang lebih mencabar kerna lil' Emir seorang yang aktif dan lincah. Umy dan Aby terpaksa berkejaran masa untuk merakam sebanyak banyak mungkin potret. Kali kedua potret dirakam menjelang kandungan 38 minggu dan hasilnya pasti mahu dikongsi bersama di blog kesayangan untuk kenangan.
the lurvely piece by Aby Moose
love the concept!!!
mrs Cyana yang berjaya menaikan berat badan sebanyak 17 kg
make du'a for my lil' EAQJunior
2nd pregnancy outfits of the day: Black Auni dress by Icahfa, yellow hijab, flowery ring and sneakers by Skechers.
Umy and lil' Emir
my lurvely first Prince!!!
lil' Emir and his baby brother's shoes
lurve you Boov!
well... my outfits of the day: Navy blue dress by Rina Salleh Clothing (sengaja diulang pakai), yellow hijab by Kamdar, ring by Hard Rock and sneakers by Cotton On.
Keep du'a for OUR lil' Family!!
Thanks hubby Moose for the beautiful collections.
#prayforbabycyanamoose #EAQJunior
No comments:
Post a Comment