Thursday, May 18, 2017

* BTS Tahneek | Lil' Eijaz *

Assalam alaykom... sedang menunggu waktu lil' Eijaz tidur, saya mengambil ruang masa yang ada untuk menyimpan kenangan persiapan majlis anakanda di blog kesayangan. Benar bak kata kelahiran anak pertama disambut dengan meriah dan persiapan dirancang lebih awal tetapi bila mana anak kedua semuanya dibuat sambil lewa atau ambil mudah. Perkara ini berlaku kepada saya.. oppss! {maafkan Umi ya Eijaz}. Walaupun mendapat berita kehadiran lil' Eijaz pada bulan ketiga kandungan, anak kecil ini tidak banyak ragamnya cuma Umy diberi sedikit ujian sakit namun ianya tidak menjejaskan kesihatan lil' Eijaz tetapi Umy pula asyik terlupa makan vitamin dan kerna itu mungkin anakanda Eijaz bersaiz kecil walaupun Umy yang berganda saiznya sehingga ramai yang menyangka saya mengandungkan si kembar. hmm. 

Persiapan barangan lil' Eijaz juga tidak serumit mana kerna saya banyak 'recycle' tetapi Umy being Umy yang cerewet masih mahu juga membeli barangan milik anakanda sendiri seperti kasut dan beberapa pakaian baru. owh.. tema lil' Eijaz kuning dan oren, mungkin kerna sepanjang tahun 2016 Umy banyak mengenakan warna kuning. hiks. Saat akhir barulah saya berasa sibuk kerna tiba-tiba terasa banyak pula barangan yang belum sedia hinggakan beg ke hospital juga disiapkan pada minggu ke 37. Satu beg sahaja untuk Umy dan lil' Eijaz tetapi dicampur beg lil' Emir dan hubby Moose yang turut bermalam di hospital maka kami sekeluarga seakan pergi bercuti pula walhal hakikat hanya ke hospital. hiks. 

Berbalik kepada persiapan majlis tahneek lil' Eijaz, hubby Moose mahukan majlis kecilan untuk ahli keluarga sahaja dan Umy sepantas mungkin menyediakan barangan majlis dengan barangan 'recycle' dan menggunakan seminimal peralatan dek kerna keadaan saya yang masih sakit dan tidak mampu bergerak terlalu banyak. Alhamdulillah saya diberi kekuatan dan kesempatan menyediakan sedikit goodies dan yang penting ianya hasil tangan Umy ya lil' Eijaz. Love ya!

Jom kongsi sedikit gambar Behind the Scenes of Majlis Tahneek lil' Eijaz. 


the thunderbolt blanket khas untuk lil' Eijaz


sesi pencarian riben kuning walaupun ketika ini hanya membeli untuk mode 'standby' sebelum berpantang 

my lil' Emir peneman Umy dikala  shoppin' bunga.. oppss!

gambar-gambar lil' Eijaz semasa di dalam kendungan

sesi memunggah peralatan di kediaman

sesi DO-IT-YOURSELF!!!

bekas riben hijau sebelah kiri diguna ketika majlis tahneek lil' Emir dan ditukar riben mengikut warna tema lil' Eijaz

M&M yang dibeli awal dan  disimpan {just in case mahu digunakan.. hehe}

goodies gula-gula untuk kanak-kanak


bakul yang digunakan untuk meletak lil' Eijaz

 Yeay!!!! bakul yang di touch-up dan inilah hasilnya


bekas kurma dan air zam-zam di serikan dengan anggerik kuning

candy table merangkap meja hiasan

Ini Sebelum!...hiasan

Ini Selepas!!!! 


goodies buat tetamu

Alhamdullillah majlis tahneek anakanda Eijaz berjalan lancar dengan persiapan yang ringkas sesuai dengan waktu hitea. Happy ME!!!

No comments:

Post a Comment