Assalam alaykom... sebelum kembali menyepi dan sementara mempunyai kesempatan waktu untuk mencoret detik-detik indah menanti kehadiran cahaya mata kedua dalam masa terdekat... InshaALLAH. Umy seperti biasa suka merancang sesuatu lebih awal hasil dari angan-angan. Saya akui kali ini tidak banyak persiapan dibuat seperti mana mahu menyambut lil' Emir dahulu. Semuanya seperti 'recycle' sahaja dan persiapan juga hanya kandungan menjangkau usia 8 bulan. hmm.
mrs Cyana seperti biasa mahu semuanya kelihatan teratur agar bisa tenang memasuki dewan bedah walau sebenarnya tiada persiapan mental dan fizikal untuk melalui pembedahan kali kedua. Apapun saya berdoa agar diberi kekuatan dan kesihatan yang baik mahu kepada saya dan juga kepada anakanda yang bakal dilahirkan. Pada awalnya sudah pasti saya teringin menimang puteri namun gerak hati lebih awal mensahihkan rezeki bakal menimang seorang lagi putera. Alhamdullillah anakanda EAQJunior menunjukkan jantinanya lebih awal ketika kandungan berusia 5 bulan. Memandangkan pakaian anakanda pertama masih lagi dalam keadaan baik, maka saya hanya terus kepada pencarian nama putera. hehe.
Dikongsi bersama cerita persiapan akhir sebelum kehadiran anakanda kedua yang mana Umy harus juga menyediakan sesuatu yang baru agar tidak semuanya 'recycle'. Memandangkan bakal berpantang pada bulan Ramadhan, maka persiapan pakaian raya juga dibeli lebih awal dan tema EAQJunior adalah kuning dan oren. hiks.
EAQJunior's first shoes
Umy's favourite collection.... sudah pasti kasut baru untuk EAQJunior dan EAQ.
signature nama untuk EAQJunior... yang merupakan pilihan ketiga selepas IAQ atau ZAQ. Aby Moose membuat pilihan untuk memilih nama EAQ
sesi survey baju untuk anakanda
thanks to sista Ami yang sekali lagi teman shoppin'
beberapa barangan yang dibeli di Ikea
shoppin' tyme!!!
warna tema EAQJunior
sesi survey stroller.. hehe
sesi mencuci mata di Mothercare
sesi survey lagi dan lagi.. hmmm
sesi mencuci botol-botol susu
blanket untuk lil' EAQJunior
sesi untuk mencuci pakaian
lucky me pakaian lil' Emir banyak dan boleh di guna semula
pakaian putih untuk masa berpantang
kenangan Umy yang sakit otot dan tidak dapat berjalan
bergambo kenangan di kawasan hospital selepas checkup bulanan
happy Umy selesai menyediakan persiapan untuk lil' EAQJunior walaupun senarai 'things to buy' masih lagi belum selesai.. wink! wink!
No comments:
Post a Comment