Sunday, December 1, 2013

* the LAST day of Dato' CEO *

Date: 29th November 2013
Location: Menara HLA, Kuala Lumpur

Assalaam alaykom.... quick update sementara menanti miss Amilia mahu mengambil mrs Cyana keluar minum petang. erk.. sudah menjelang malam nie. dinner-lah! hehe. btw khamis petang yang lalu kami menerima berita sedih yang mana CEO BERNAS bakal meninggalkan kami. huhu. Dato' CEO seorang yang peramah, humble dan berjiwa rakyat bak kata ahli politik.... dari kaca mata saya beliau seorang yang berdisiplin tinggi senantiasa mengukir senyuman pabila bertemu mata dan kadang kala terasa segan pabila beliau sendiri yang akan menyapa staf. hmm. Well.. as for me... mula bertemu mata dengan Dato' CEO kali pertamanya di Program Hari Wanita BERNAS 2013 dan buat pertama kali juga beliau mengumumkan nama gelaran saya 'Chombi' yang mana kemudiannya itulah nama yang akan beliau memanggil saya. 

Kemudian bertemu pula dengan wifey Dato' CEO di Program Nasyid BERNAS 2013 yang lalu. Datin juga seorang yang humble dan mudah didekati. Pasti akan saya ingati pabila Datin memuji suara MC merdu di dengar walaupun ketika itu mrs Emcee sedang dalam keadaan suara serak basah namun Alhamdullillah dengan Izin-NYA, saya diberi kekuatan dan dapat menghabiskan majlis dengan cemerlang dan dapat menutup kelemahan suara pada ketika itu. Benarlah bak kata bila mrs Cyana dapat microphone terus hilang sakit tekak terus bercakap bak bertih jagung... hehe. Anyway thanks to Dato' CEO dan Datin yang memberi pujian dan akan saya tingkatkan usaha memberi yang terbaik demi agama, bangsa dan negara. InshaALLAH. 

Pagi Jumaat baraakah... sedikit jamuan ringan diadakan bagi majlis perpisahan dengan Dato' CEO. Kebetulan ramai juga bosses yang hadir bermesyuarat di HQ dan dapatlah mereka bersama meraikan Dato' CEO yang berkesempatan bersama BERNAS selama 8 bulan.

 
 pagi jumaat

 
 sedikit sesak dek kerna mrs Cyana keluar rumah lewat

my breakfast

okay... kelihatan Menara HLA

I'm here!!! pose in the lift!

sesi makan-makan bermula

Dato' CEO second from left... kelihatan tenang seperti biasa

choc cake

ubi juga nyaman!

pose with Dato' CEO sebelum menjamu selera

candid me!

Dato' CEO menyampaikan pesanan terakhir

antara yang hadir



then CFO juga menyampaikan ucapan sebelum kami bersurai

this is the last Letter of Award yang sempat Dato' CEO sign... thank you!

and as rewards... mrs and miss Tender menghadiahkan choc chip untuk diri masing-masing

miss Tender with Dato' CEO sebelum langkah terakhirnya 
melangkah keluar dari pintu Aras 28

our sporting Dato' CEO bergambo for the 'last touch'

and his last pose at level 28

 
pose dalam kenangan  bersama Dato' CEO. 

Maafkan kami atas segala kekurangan dan silap kata sepanjang bersama di BERNAS. Kami mendoakan agar Dato' CEO akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berehat bahagia bersama keluarga tercinta. Terima kasih di atas segala nasihat dan tunjuk ajar Dato' CEO. We lurve you.

No comments:

Post a Comment