Tuesday, December 17, 2013

* Did I make YOUR day? *

Assalaam alaykom... pagi tadi saya 'search' melalui blog sesuatu mengikut kata nama dan pabila mata melihat kembali cerita-cerita lama baru saya sedar yang dulu saya akan sedaya mungkin mencuri masa untuk 'update' blog kesayangan. Cerita pastinya 'up-to-date' bak standard perlu menyiapkan minit mesyuarat dalam masa 48 jam. Cerita pasti pantas dan tepat serta mempunyai informasi bergambo agar kemudian hari bisa 'post-mortem' wajah sendiri. ahaks! Kemudian hati kecil berkata 'rindu'! Benar saya rindu untuk berceloteh seperti dulu, benar saya rindu mengulang ayat dan cerita yang sama iaitu 'saya suka makan ayam' atau kini 'saya suka makan telur masin' atau 'saya tetap suka teh ais'.. hiks! Dan bila penutup hari saya bisa mencapai KPI diri iaitu bisa makan ayam dan minum teh ais... pastinya sesuatu nilai yang kecil itu membuahkan hasilnya. 

"Did I make your day?"
YES!!!! I make my day with a SMILE!


Bibir pasti mengukir senyuman pabila mengenakan abaya kegemaran ditambah dengan aksesori sempena menghadiri majlis keraian. Tambahan pula bergaya dengan kasut baru hadiah dari Insan Terchenta {thank you CYG!}. Benar hati pasti tersenyum pabila saya bisa membuat insan lain gembira. Dalam kedukaan keluarga besar kami yang baru sahaja kehilangan Mak Long tetapi kami cuba sedaya mungkin menggembirakan pengantin baru dan meraikan pasangan pengantin dalam suasana sederhana meriah. Alfatihah buat Mak Long dan salam takziah buat keluarga di Rembau. Alhamdullillah semua urusan majlis pengebumian dan majlis kahwin berjalan lancar.


Dalam mengatur langkah perjalanan kehidupan yang penuh cabaran, saya juga tidak terlepas diduga dengan ujian-ujian kecil. Semoga ALLAH swt terus memberi hamba kerdilnya kekuatan untuk terus melangkah dengan penuh semangat dan bisa bercerita lagi dengan senyuman. Ameen. 

If you cannot do GREAT things, do SMALL things in a great ways!

No comments:

Post a Comment