Saturday, June 30, 2012

* the SECRETARIAT course *

Assalaam alaykom... syukur ke hadrat ALLAH swt dengan izinNYA saya berjaya merealisasikan kursus dalaman bagi para Sekretariat Tender. Kursus Tatakerja Sekretariat Tender/Sebut Harga yang merangkumi hal perolehan, pengurusan mesyuarat, prosedur dan garis panduan perolehan. Maka berkumpullah semua sekretariat dari seluruh Malaysia selama dua hari di Menara HLA, Kuala Lumpur. Bagi saya ianya satu perkembangan yang baik bagi menyeragam dan menambahbaik proses tender yang sedia ada. Jika dahulu saya seorang kini lebih ramai sahabat2 Sekretariat yang mana kami bisa berkongsi idea dan pengalaman dalam mengendalikan sesuatu perkara berkaitan tender. Owh.. perkembangan positif terhadap saya sendiri adalah bisa mengarang surat formal dengan lebih baik selain bisa berbicara tentang prosedur perolehan yang sangat sensitif di luar sana. hmm. 

Kelainannya kursus kali ini adalah mrs Cyana a.k.a mrs Tender bukan sahaja menjadi peserta malah saya merupakan salah seorang penceramah dalaman. hiks! Jika kebiasaannya saya akan memberi komen kali ini para peserta pula yang komen tentang penyampaian saya. Objektif kursus ini agar semua Sekretariat memahami tugasan seharian, mengenali dunia perolehan dan sekretariat selain kerja cop dokumen. Hopefully segala maklumat yang disampaikan bisa menjadi panduan kepada mereka dalam menerajui bidang sekretariat. Yang pasti suara lantang dan kuat mrs Tender tidak memerlukan microfon. ahaks! owh... pastinya masih segar di ingatan ketika dua tahun lalu saya menjejak kaki ke dunia tender.. ingatkan kerja cop2 sahaja. ahaks! Kini saya mampu tersenyum kerna kerja utama bukanlah cop ya! okay.. mari bercerita dengan gambo! 

the module!!! 
esklusif! gambo padi itu adalah hasil air tangan hubby Moose!

the introduction... mr Ghaus a.k.a Head of Department menyampaikan kata2 aluan

mr Nazuir a.k.a Head of Division juga sempat berkongsi pengalaman dengan peserta

mr Azmy a.k.a Head of Finance Division (three from right) juga sempat berkongsi idea 

breakfast yang enak!

breakfast tyme... kelihatan mrs Azah in pose!

mrs Tender sempat juga pose walaupun waktu rehat.. ahaks!

miss Tender tidak mahu ketinggalan bab posing... hiks!

miss Tender and mrs Tender in Red theme

the next morning.... we are in pink theme!


pose in the lift!!! {so.. not only me ya! ahaks!}

breakfast at Meal Station


candid by mrs Azah.... love my pasley hijab!

the presenter

eh... macam sedang bersajak jek.. hehe. 
miss Tender... thanks for candid!

the meeting stimulation... the Central Committee
{alamak!!! pic cannot rotate... pening}

the Negotiation Committee

the Technical Committee

 
sesi soal jawab diikuti dengan hadiah from the Loaf!

peserta with mr Ghaus


the Tender Secretariat in POSE!

Alhamdullillah... selesai sudah impian dan hajat untuk menyampaikan ilmu tentang pengurusan mesyuarat tender. Semoga perkongsian ilmu selama dua hari tersebut dapat memberi manfaat agar kita lebih produktif dan cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang besar dalam dunia perolehan syarikat. Secara peribadi saya ingin memohon maaf jika saya tersilap kata atau ada yang mengguris hati kalian sepanjang mengendalikan kursus ini. Semoga persahabatan kita terus terjalin dan bisa memberi yang terbaik buat organisasi. Jazakallah Khair.  

No comments:

Post a Comment