Monday, June 18, 2012

* the FITNAH spreader *

together WE stand!!!

Assalaam alaykom...syukur ke hadrat Illahi yang memberi kami udara untuk bernafas, minda untuk berfikir, hati untuk menilai yang mana baik dan buruk. Benar kata jika berada dalam kancah politik, jiwa perlu kental untuk menghadapi sebarang kebarangkalian tohmahan, fitnah dan celaan. Dengan pelbagai kaedah akan digali mereka2 yang busuk jiwanya... mungkin sehitam warna baju kegemaran saya. owh... mungkin kerna saya berada di kalangan mereka yang kadang kala mengamal birokrasi atau ada juga segelintir penyebar fitnah, maka saya lebih rasional menilai sesuatu... dan yang penting jangan mudah melenting. hmm. 

Baiklah... berita panas terkini lebih sensasi adalah di antara pertemuan seorang blogger a.k.a pemuda prihatin {saya kira teamnya AMATLAH prihatin} yang turun padang ke REMBAU katanya membuat kaji selidik tentang masyarakat setempat. {almaklumlah aura PRU sedang bergolak kerna iklan di TV juga hangat memaparkan berita BANTUAN dan DERMA sini sana} Prihatin sungguh kerajaan kita bukan? Dengan adanya kumpulan sebegini yang turun padang untuk mendapatkan maklum balas rakyat...akan lebih sejahteralah rakyat MALAYSIA!!! BTW saya juga pernah dengar sekiranya sertai mana2 program anjuran kerajaan seperti contoh mudah Larian Rakyat bla bla bla... akan mendapat ganjaran wang! BENAR-KAH????? Maka tidak hairan bila mana setiap kali program penuh dengan para penyokong tegar khabarnya. TETAPI salahkan jika kita sebagai rakyat biasa pergi mendapatkan BANTUAN dari kerajaan. Bantuan tersebut untuk semua bukan? Tidak pula dinyatakan di iklan BANTUAN tersebut untuk mereka yang memangkah kerajaan sahaja. Maka kenapakah diejek rakyat yang menyokong pembangkang kononnya turut mahu mendapatkan BANTUAN tersebut. Bukankah sebagai kerajaan, atau anda pegawai yang bertugas bagi pihak kerajaan harus ADIL dan SAKSAMA? enough said!

Baiklah... merujuk tajuk Pemuda Prihatin yang lebih kepada "kedaboom!!!" tanpa fakta, apakah salah sekiranya seseorang itu berhijrah dari zaman gelap kepada zaman terang? Lebih baik bukan dari terjerumus selamanya dalam dunia gelap gulita tanpa mahu mencari cahaya. Namun apa yang pasti, sebelum menulis sesuatu lebih baik membuat sedikit kajian.. owhh!!! terlupa pula yang anda sememangnya mengejar populariti! hmm.

"Allahummasturna minal fitan..ALlahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan, wa a'uzubika minal 'ajzi wal kasal, wa a'uzubika minal jubni wal bukhli, wa a'uzubika min ghalabatiddayni wa QAHRIR RIJAAL! Ya ALLAH lindungi kami sekeluarga dr fitnah.. moga iIBU AYAH terus kuat.. bukan pandangan manusia yg dicari, tapi sujud merdeka padaNYA yang kita lazimi.. Allah knows, He'll never let go of the tongue of fitnah spreader.." - memetik kata sista Fateyn.

3 comments:

  1. semuga kita sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH. selagi kita berpegang pada tali nya, INSYALLAH.. fitnah yang melanda berlalu begitu saja. cuma waktu menentukakannya..

    ReplyDelete
  2. Bila fitnah telah menjadi daging dan darah, kebenaran adalah merupakan makanan yang sangat menyakitkan jiwa. :(

    ReplyDelete
  3. semoga kamu sekeluarga terus tabah meneruskan perjuangan....untuk menegakkan sebuah kebenaran bukan mudah..tapi percayalah setiap titik kepayahan itu akan menghasilkan impak yang manis..insya Allah....:-)

    ReplyDelete