Monday, June 25, 2012

* Excited *

T.O.U.C.H

Assalaam alaykom... jantung berdegup lebih kuat dari kebiasaan kerna bakal melalui minggu yang penuh dengan aktiviti baru. Akan mula dengan Monday Blues dengan tugasan sebagai AJK AGM syarikat. {owh.. harus berpakaian korporat}, manakala Selasa dan Rabu akan melalui hari cabaran iaitu pertama kali menganjurkan kursus untuk barisan Sekretariat Tender. Semoga kursus tersebut mencapai objektifnya kerna setelah dua tahun memikul tugasan Sekretariat, ini adalah kursus pertama yang akan saya sendiri kendalikan bagi berkongsi idea dan pengalaman. Pastinya saya lebih teruja kerna dari bergerak seorang diri sebagai Sekretariat Tender, kini semakin berkembang pesat dan akan terus berkembang lagi. InshaALLAH {owh.. harus juga berpakaian formal ya}. Kemudian dalam kesibukan harian, hari Rabu juga merupakan hari bermakna buat Insan Terchenta, maka wifey harus kelihatan segak bergaya! I'm EXCITED! ahaks!

Yang pasti tanpa sokongan tulang belakang dan doa dari Insan Terchenta dan keluarga tidak mungkin saya akan setabah ini melalui hari2 dengan senyuman. Saya percaya sesuatu yang baru itu adalah pengalaman dan setiap dari pengalaman itu membuatkan saya lebih tegar dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan hitam putih warnanya. Chill Babe!

2 comments: