Thursday, June 7, 2012

* PERSEPSI *

Assalaam alaykom... ketika ini hati sedang dilanda separa rasa, jiwa mungkin terganggu dek kerna cakap2 orang di persekitaran dan benar perkara paling rumit adalah untuk mengatasi "PERSEPSI". Apa yang bisa dijelaskan dengan persepsi bila mana setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dan persepsi berbeza. Kadang walau mendapat berita kurang enak, bibir harus mengukir senyuman agar otak bisa memproses sesuatu yang positif, minda tidak dikawal aura hitam, hati terbuka menerima apa sahaja cabaran, dugaan, persepsi dan sebagainya... hmm. 

Persepsi orang biasanya hanya pada zahir hanya pada gambaran hanya pada luaran semata. hmm. Bagi saya sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Walau berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul berat lagi hati yang menerima khabaran. Namun sakit lagi telinga yang mendengar berbagai persepsi yang senantiasa mengundang kepiluan. Benar jika ditanya saya masih lagi mempunyai pilihan, saya masih lagi bisa berdiri di mana jua platform namun bila berbicara tentang hati hanya minda dan jiwa yang bersih bisa menjelaskan kemahuan. Semoga ALLAH swt sentiasa memberi petunjuk dan membawa saya ke jalan yang diredhaiNYA, InshaALLAH. 

owh... berita bakal dikongsi bersama kelak bila mana semuanya telah pasti. Kerna dalam menghadapi persepsi setiap hari perlbagai andaian dan maklumat yang tersebar lebih pantas dari berita di kaca TV. hmm. Apa yang tersurat akan berlaku cuma belum pasti bila, namun apa yang bakal berlaku harus dihadapi dengan tenang dan tabah. Apa yang pasti hati harus sentiasa disemai benih agar pokoknya bisa tumbuh lebih segar dan lebih berkhasiat.

Seperti jaringan yang setiap hari saya amatinya, walau sama namun ianya tetap berbeza. Ada apa dengan rangkaian jaringan? Penting bukan? Jika satu darinya gagal berfungsi ianya bakal mengagalkan yang lain juga. Begitulah senario bekerja dalam pasukan. Senantiasa membantu dan menyokong antara satu sama lain.

jaringan di waktu matahari menaik


 jaringan di kala langit membiru

 tetap sama hanya dari sudut berbeza

 
 jaringan ketika matahari menurun
 bagai jaringan dalam kehidupan iaitu sentiasa bergantung antara satu sama lain.

Semoga saya terus dibekalkan semangat kental dalam mengharungi sebarang jenis jaringan. Jika kita bisa menguruskan "Persepsi", pasti kita akan semakin kuat. Percaya pada kebolehan dan kemahuan diri. Yang pasti ALLAH swt akan sentiasa bersama umatnya. Ameen.


2 comments:

  1. hm..menarik persepsi pepsi ini.semoga terus berusaha berjuang dan berjaya d hari hari yg mendatang iA..

    ReplyDelete
  2. musang_bejanggot.. thanks for your doa.

    ReplyDelete