Saturday, March 31, 2012

* Farewell Mrs Shaniza *

Assalaam alaykom... Jika bulan lalu saya tidak berkesempatan meraikan seoran lagi warga Admin yang bersara wajib iaitu En Showkat Ghaus, bulan Mac pula meraikan perpisahan seorang lagi warga Admin, Pn. Shaniza yang akan berpindah lokasi kerja ke Pejabat Wilayah Utara. Beliau akan menerajui Unit Careline di sana dan yang pasti kehilangannya membuatkan warga Admin semakin kesunyian.. hehe. Walaubagaimanapun kami di Admin mendoakan beliau dapat berkhidmat dengan cemerlang di tempat yang baru nanti. 

Majlis Perpisahan diadakan sempena hari terakhir Pn Shaniza bekerja di Menara HLA. En Fadzil iaitu Pengurus Unit Careline sendiri yang menyediakan menu laksa Johor dan ditambah dengan potluck dari warga kerja yang lain. Majlis ringkas bertema ungu diraikan dengan kehadiran warga kerja di Aras 27 dan lain-lain yang berkesempatan bersama-sama menjamu selera dengan hidangan yang tidak seberapa..{maaf saat akhir baru terlintas idea memakai tema ungu kerna Pn Shaniza adalah peminat warna tersebut}.

 Pn Shaniza yang diraikan

En Nazuir a.k.a Big Boss HCAD menyampaikan amanat kepada Pn Shaniza yang akan berpisah dengan warga HQ

En Fadzil menyampaikan hadiah kepada Pn Shaniza

gadis manis di Aras 27


makan tyme

bergambar kenangan bersama Pn Shaniza

sambung posing lagi di petang hari bersama Pn Niza yang tidak sempat bersama di waktu jamuan

Pn Nora, Cik Izzati dan Pn Shaniza

free stylers!!!

Semoga Pn Shaniza success di tempat kerja baru dan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang

No comments:

Post a Comment