Sunday, March 25, 2012

* bts BOWLING Tournament *

Assalaam alaykom... minggu lepas adalah minggu maraton. Bermula dengan mesyuarat tender luar dari kebiasaan, diikuti dengan kursus selama dua hari. Jumaat adalah hari mesyuarat tender kebiasaan, pulang kerja terus ke tempat program untuk persiapan akhir dan Sabtu pula adalah hari berlangsungnya program. Sampaikan pada hari program sendiri, kepenatan yang teramat sangat membuatkan mrs Emcee kehilangan suara dan meminta muzik diberhentikan memandangkan suara peserta yang bersorak lebih gamat dari luar biasa. Satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan bila mana sebelum memulakan kejohanan rasmi, suara saya sedikit keras bunyinya pabila terpaksa memberi arahan kepada para peserta yang ada sesetengahnya sedikit degil tidak mengikut arahan manakala sesetangah lagi hanya tahu merungut itu dan ini. hmm. Jika berada di landasan barisan urusetia, mungkin sesekali akan merasai situasi tegang bila berhadapan masalah sebegini. Bayangkan bagaimana di saat akhir perlu memikir dan menukar perancangan, mengatur semula pembahagian tugas dan sebagainya. hmm. Namun pabila melihat kegembiraan dan semangat para peserta itu yang membuat saya kembali bertenaga.

kad jemputan VIP

perjumpaan dengan ahli2 Rumah Hijau bagi sesi taklimat ringkas sebelum kejohanan bermula

teruja kerna mendapat Tshirt Hijau juga

mr Leade sedang berkenalan dengan ahli2 Rumah Hijau

while me yang teruja dengan konsep Hijau, maka sesi mengangkut barang2 untuk kegunaan program telah berjaya memenuhi kereta {sista Ochal... pinjam bakul kamu ya}

kaktus juga dibawa bersama bagi memeriahkan dekorasi

that's me in green outfit too... smile!

Ampang Superbowl di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, hanya 10 minit dari pejabat namun disebabkan kesesakan lalu lintas bisa menjadi 30 minit...huhu.

Walaupun badan dalam kepenatan, minda tidak bisa fokus pada balingan, saya tetap bersyukur kerna telah melalui minggu maraton dengan jayanya. Itu bisa membuatkan saya lebih cekal dalam menghadapi hari2 mendatang dengan senyuman.

more and more pics comin' up NEXT!!! stay tuned!

No comments:

Post a Comment