Wednesday, March 9, 2011

* SETAHUN @ ADMIN *

pic courtesy by hubby Moose

Assalaam alaykom... terasa rindunya seperti lama tidak berceloteh disini. erm.. Mungkin kerna kebelakangan nie aura tidur lebih menghantui.. hehe. Maka balik kerja saya terus mencari bantal. Walau kekadang bantal di sebelah tanpa teman, hmm... Tetapi jika buka mata nampak mata, ternampak bayang hubby Moose... lebih enak bukan? hiks.

Semalam pulang dari kerja... wahhh!!! bukan main gembira kerna di sambut dengan pelukan. Enak sekali! Letih berdiri dalam tren, letih menekan pedal kereta lenyap sama sekali. Kebelakangan ini juga, kesesakan jalan raya makin terasa. Alangkah indah jika dapat bekerja dari rumah sahaja... tak perlu menengok lagi muka encik traffic yang sama pagi dan petang. hehe. owh.. BTW.. Saya sudah SETAHUN berada di ADMIN Department, sedar tak sedar sudah bakal masuk ke tahun keempat saya bekerja dengan syarikat ini. hmm. Setelah setahun di ADMIN, barulah saya bisa menarik nafas, sedikit lega. Namun masih banyak yang perlu dipelajari. Saya mahu mahir dalam semua bidang... bukan sahaja bidang tender. hehe. owh... sesekali saya harus tamak!!! Benar! Tamak dalam mencari ilmu... :) Saya mempunyai cita2 tinggi. YA benar! Saya berminat menjawat jawatan yang lebih tinggi. Semoga saya bisa terus berkhidmat dengan cemerlang. Dengan berkat usaha dan kesabaran saya pasti bisa menggapainya. InshaAllah.

Big hugs!!!! thanks for your support. thanks CYG!!! I LOVE YOU.

3 comments:

  1. InsyaAllah, cita2 Cyana akan tercapai satu hari nanti. Perjalanan Cyana masih jauh. Abg Bob pun tinggal lebih kurang 4 tahun sahaja lagi kat sana, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. kakcik..mmg jauh lagi perjalanan nie. tk tahu la esok lusa mcmana. A.bob mungkin bersara dgn jayanya, sbb lg 4 tahun jek.. ka mau sambung lagi, nmpk muda jek lg. hehe :)

    ReplyDelete
  3. Oh..jangan cakap dia namapak muda, Cyana sayang. Nanti dia perasan memanjang! ;-)

    ReplyDelete