Salaam again... baru sahaja pulang dari menonton filen Hikayat Merong Mahawangsa. Cerita mengenai Sejarah Kedah dan susur galur Merong Mahawangsa yang merupakan penganut beragama Hindu yang diceritakan oleh generasi ketujuhnya yang telah memeluk Islam hasil dari perkembangan negeri yang menerima pedagang2 luar dari China mahupun India. Pastinya nama Merong Mahawangsa dan Langkasuka tidak asing lagi bagi pelajar2 yang akan memulakan kitab sejarah mengenai asal usul negeri2 Melayu.
Berbalik kepada filem ini, tahniah diucapkan kepada pengarah dan kumpulan produksi yang berjaya menghasilkan filem yang sarat dengan digital effect yang menakjubkan. Tetapi 80% dari ceritanya adlah mengenai peperangan dan bagaimana caranya orang zaman sebelumnya menakluki sesuatu tanah jajahan. hmm. Saya berminat menonton cerita klasik demi untuk melihat budaya, adat dan costume terdahulu... namun pabila banyak aksi lawan, mungkin itu yang menurunkan penghayatan semasa menonton filem ini. hmm.. {maybe jiwa romantika tidak sesuai dengan aksi2 ganas.. hahaha}. btw credit to KRU studio yang berani mencuba sesuatu yang baru untuk perfileman di negara ini. erm... jika ditanya saya, filem sejarah yang dihasilkan di Malaysia, saya masih memilih Puteri Gunung Ledang jika dibandingkan dengan Hikayat Merong Mahawangsa.
siyes cite ni memang terbaik la..layan dgn cool..hehee
ReplyDeletefollow sni^^
woofer... peminat cerita action mmg sesuai utk filem nie. hmm
ReplyDeletePewaris Mutlak Takhta Kerajaan Merong Mahawangsa Ada Disini..
ReplyDelete