Assalaam alaykom... kesempatan bercuti di hujung minggu saya manfaatkan dengan mengikut IBU ke program motivasi yang diadakan di Janda Baik, Pahang. Lama juga rasanya tidak mengikut IBU ke mana2 program. Dulu rajin juga meneman IBU... tetapi sejak mencebur diri membantu hubby Moose sebagai assistant photographer, masa saya agak terhad. Maka bila diajak IBU pastinya saya tidak akan menolak... kerna selain meneman IBU, saya juga bisa menimba ilmu pengetahuan kerna secara tidak langsung menyertai program dan belajar bergaul dengan masyarakat dari pelbagai golongan.
IBU dijemput memberi ceramah di Program Kewanitaan yang dianjurkan oleh DUN Kuang. Seramai 40 orang peserta dari pelbagai peringkat umur yang mengikuti program yang diadakan selama 3 hari 2 malam di Teratak Malaya, Janda Baik. Menariknya semua peserta terdiri daripada wanita semuda 12 tahun sehinggalah ke usia 60 tahun lebih. Bayangkan bila anda berdepan dengan golongan wanita yang berpangkat IBU2 dan ada juga NENEK2? Sejuk mata memandang kecekalan mereka yang masih tegar menimba ilmu. SubhanaALLAH. ALLAH swt maha Pemurah, tidak pernah menutup pintu hati selagi mana mahu kita menuntut ilmu.
Seronok juga sesekali bersama para IBU2.
Walaupun saya dan IBU hanya hadir seketika, namun sambutan mereka sangatlah mesra.
Semoga ilmu yang disampaikan mendapat manfaat bersama. InshaAllah.
Subhanallah... Indahnya kehijauan itu. :)
ReplyDeleteKakcik... pergi bercuti dgn keluarga best nie... sejuk mata memandang.
ReplyDelete