Friday, March 25, 2011

* Cantik di Mata Cantik di Hati *

Assalaam alaykom sisters.. Pertama sekali pabila mendapat email mengenai bengkel ini, saya terus teruja. {yer la groomin' class free! yeay!}. Teruja kerna pertama kali akan ke kelas membina Imej Profesional - Cantik di Mata, Cantik di Hati. Wahh!!! baca tajuk jek tak sabar rasanya mahu ke kursus tersebut. Di tambah lagi email jemputan menyatakan perlu membawa beberapa barangan asas seperti cleanser, toner, span muka, cermin... {saya semangat siap bawa barangan make up lagi.. over sungguh hiks}. Kursus ini terbahagi kepada dua kumpulan, dan kumpulan saya yang kedua.. pastinya saya membelek gambo2 dari kumpulan pertama tempuh hari. hehe.

Trainernya bernama Puan Melor Abd Ghani yang saya kira seorang profesional, wanita bekerjaya dan berjaya! Berjaya mengekalkan kecantikan semulajadi dan sentiasa mengukir senyuman. Selama dua hari bersama beliau, tak terasa jemunya. Banyak petua dan tips yang dikongsi bersama... salah satunya, beliau tidak makan malam yer untuk mengekalkan badan yang langsing. Memetik kata2nya "Mulakan SESUATU yang dihajati dengan 5 hari pertama, kemudian maintain selama 21 hari, InshaAllah akan terus kekal". hmm. Agree! Contohnya jika mahu berdiet, sila tekad untuk DIET! ahaks!

Hari pertama, kami di ajar mengenali imej, aura, warna kulit dan facial. Wahh!!!! Lepas nie tak perlu lagi ke spa membuat facial. Bisa sahaja gosok sendiri.{GGO... ada yang mau facial? hehe} Selepas facial, Pn Melor menunjukkan demonstrasi make up untuk ke pejabat dan makan malam. Best2!! Tapi seperti biasa kami Alasan kami "TIADA MASA", "TIDAK CUKUP MASA", "MALAS" untuk bersolek tidak diterima. Kata beliau lagi, Wanita perlu cantik!! Sesiapa sahaja suka akan kecantikan. Maka untuk kelihatan lebih cantik... Anda perlu positif dan RAJIN dan KREATIF dan INNOVATIF,,, {melalut sudah!}. Apa yang penting kita perlu cantik tidak hanya di mata, namun perlu lebih cantik di hati. Bila hati bersih, hati cantik.... maka akan terserlah semulajadi kecantikan anda ya! InshaAllah.

Okay... mari layan gambo2 yang sempat dirakam pada hari pertama.

cute!

Aktiviti pertama, kami diminta untuk melukis wajah sendiri. Pertama kalinya saya melukis muka sendiri... {kelakar jek muka! hahaha} Then lukisan diberi kepada peserta lain yang tidak mengenali saya untuk memberi 3 komen positif tentang lukisan tersebut. Here we go.... komen yang saya terima, iaitu muka menarik, muka ceria, kemas & cantik dan bergaya. Wahh!!! dapat 4 komen. {terima kasih kepada puan yang memberi komen. Kembang idung sekejap kerna bisa melukis muka sendiri... bak kata hubby Moose nampak hijab jek leby. hiks}

mine!!! facial tyme!!!

peserta2 yang tekun

geng secretary

peace sisters!

tersnyum jek muka masing2

melayan make up sambil makan bubur.. hehe

make up demo on AIR

miss Rin di make up untuk ke pejabat

pergh!!!! betul2 tekun nie

mrs Azreen

miss Syita & miss Fadhlina

miss Rin

miss Ayu sebelum make up

make up and touch up

miss Ayu sweet dengan make up untuk makan malam

puan Melor yang tak jemu2 memberi petua

then lepak dengan geng KBM sambil minum petang

with mr Bob... Kakcik Seroja's hubby yang juga sama division and AJK KBM juga.
{kakcik...abg Bob nak kasi akak terkejut wajahnya muncul di blog saya. hehe}

last but not least.... what I wear?
suka hijab tu... macam dalam gmbo yang saya lukis. hehe.
credit to mr Fadli yang sentiasa menjadi OP saya ketika di ofis.
{owh..sila abaikan cik puan yang berisi tu yer. }

Pesan puan Melor setidak-tidaknya jika ke ofis harus pakai lipstick dan blusher. owh.. kalo saya pakai lipstick dan eyeliner. hehe. {CYG... bley ker Cie makeup2? hiks} Sesi seterusnya? Till we meet again ya! InshaAllah.

5 comments:

  1. diri sebelah abg bob da mcm berdiri sebelah wira angkasa...hehehe... boss aku suh aku amik gambar, tu teringat ko masuk corse tu..kalau aku masuk mau menjerit satu bilik...

    ReplyDelete
  2. nanti leh la mekapkan weol...makhayam mimi sebagai pengkritik...hiks~

    ReplyDelete
  3. phatlee... abg bob ala2 security. bley jadi body guard. hehe

    ReplyDelete
  4. kenanga... mimi lagi ler expert. akak bley wat facial jek... picit2 muka. hiks

    ReplyDelete
  5. bestkan cam ne.. Akak suka sgt. Tp selalu je tak sempat. Kalau make up pun just light je. but tetap make up.. Muka akak jenis pucat.

    ReplyDelete