Assalaam alaykom... sudah masuk entry hari terakhir berada di Sarawak. hmm.. Bangun pagi mata agak rabak, makin sepet macam Cina golap. ahaks! Gara2 mata rabak sebab malam harinya berkemas barang untuk pulang. Pergi ke Sarawak 3 bag, pulang membawa 5 bag! jeng3x!! Badan jek kecik, tapi bag memang sentiasa lebih besar dari tuan empunya. hiks!
Hati terasa gembira berbaur sedih???? grrrrr!!! Gembira kerna mahu pulang ke Semenanjung, sedikit sedih kerna tahu saya bakal berpisah dengan sahabat2 yang semuanya mesra bagaikan keluarga. Saya tahu pabila pulang ke Semenanjung, masing2 akan kembali kerja seperti biasa, cuma saya mungkin lagi tidak berpeluang bertemu dengan mereka2. hmm. Hanya email, sms atau blog yang bakal menghubungkan kami semua. Yang pasti bukan FB ya... kerna saya TIDAK mempunyai akaun FB. YA!! mungkin dianggap ketinggalan dari segi perubahan teknologi, namun saya juga mempunyai alasan yang berbeda. hmm.
okay.. kembali ke cerita perjalanan hari terakhir berada di Sarawak. Seawal pagi bangun untuk memastikan barang2 semua tiada yang tertinggal. Jadual pagi ini melawat Pejabat BCSB di Satok sebelum ke airport. owh..sebelum ke airport tu.. kami bakal singgah di Batu 6 untuk membeli tikar pula. hehe.































sempat lagi makan roti canai Sarawak. hehe



























well.. Program Integrasi Nasional ke Sarawak meninggalkan kenangan yang indah. Walaupun keletihan kerna padat dengan aktiviti, namun ianya sesuatu perkara yang tidak mungkin lekang dari ingatan. Ketika ini masih lagi terkenangkan gelak tawa, tragedi, tangisan dan jenaka sepanjang kami bersama. Maafkan saya jika ada perbuatan dan kata yang menyinggung dan tidak menyenangkan hati orang lain. Saya hanya insan kerdil yang tidak mungkin terlepas dari melakukan kesilapan. Harapnya dapat berjumpa lagi dilain masa. InshaAllah.
Do you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 4 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 72hrs
Get unsecured working capital?
Email us: fastloanoffer34@gmail.com
Whats-app us on +918929509036