Assalaam alaykom.. 30 Jun 2010 adalah tarikh bersejarah bagi Information System Department or known as ISD, atau Jabatan Sistem Maklumat BERNAS. Tarikh ini merupakan HARI TERAKHIR ISD sebelum dibubarkan. Mengikut sejarah, ISD telah ditubuhkan lebih kurang 24 tahun yang lalu. Bermulanya dari staff Lembaga Padi Negara (LPN) yang membentuk ISD sehinggalah Jabatan ini berfungsi untuk menyokong sistem, menyediakan infra dan kerja2 teknikal di BERNAS. Dari jumlah 24 tahun, saya hanya sempat menapak di ISD selama lebih kurang 2 tahun 10 bulan. Staffnya sememangnya peramah, rajin2 belaka terutamanya geng wanita yang rajin memasak, menjahit, menjual, pose depan kamera dan sebagainya.
Walaupun saya merupakan antara staff termuda dari segi servisnya, namun hati ini sebenarnya berat ketika mahu meninggal ISD. hmm. Mungkin saya yang berhijrah lebih awal berbanding yang lain.. yang mana kini keadaan yang memaksa untuk masing2 mereka berhijrah. but think positively, HIJRAH untuk kebaikan. Petang tadi, Majlis Jamuan Minum Petang meraikan staff ISD diadakan di Business Centre Menara HLA. {bley pula terlupa membawa mr Nik, then hp pula sudah kong.... grrrr...maka TIADA gmbo!} Memetik kata2 salah seorang speakernya, ucapan ringkasnya bisa menaikkan semangat seseorang untuk terus memandang ke arah positif. hmm. Beliau berkata HIJRAH berlaku pada setiap insan, mungkin tanpa sedar tetapi ianya terjadi setiap hari. YA BENAR!!! ada benarnya kata2 beliau. Apapun.. mahu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada semua staff ISD, tak kira anda ke mana..Selamat bertugas ditempat yang baru. YA!! Perpisahan ini perit tetapi itu tidak sekali melunturkan semangat kita semua untuk berjaya.
btw.. HADIAH dan tshirt kenangan yang masih dalam simpanan sempena ISD Family Day 2009.
geng wanita dalam kenangan
owh.. sebahagian geng lelaki yang malu2 untuk bergmbo.. hehe
Sangat merindui staff ISD semua... Kini ISD TIADA lagi.. hanya kenangan yang akan segar dalam ingatan kita. Program ISD Family Day yang masih segar di minda saya.. hmm.. Kuala Linggi @ day 1 and Kuala Linggi @ day 2.