Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, February 26, 2017

* the BLESSING pregnancy *

Assalam alaykom... sekejap rasa sudah tiba penghujung bulan Februari dan minggu depan sudah menggamit Mac. Pantas benar masa berlalu malah ingatan masih lagi kuat pada setiap detik melahirkan anakanda Emir pada tahun 2015. Ketika ini saya diberi izin ALLAH swt sekali lagi mengandungkan anakanda kedua yang bakal melihat dunia pada bulan Mei 2017. Doakan semoga dipermudahkan dan melahirkan anak yang sihat walafiat. Mohon doakan juga kesihatan saya yang mana kandungan kali kedua kerap mengalami kesakitan kerna uri berada di bahagian bawah dan telah tiga kali setakat ini terpaksa ke hospital kerna mengalami minor bleeding. Apapun saya tetap bersyukur kerna tidak diuji dengan cabaran yang berat. Pemakanan masih lagi seperti biasa, tiada sebarang alahan malah saya hanya mengetahu usia kandungan pada minggu keduabelas. Saya sendiri tidak mengalami apa-apa masalah dan tidak sedar akan kehadiran anakanda. Alhamdullillah ALLAH swt memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan pekerjaan seperti biasa malah ketika awal kehamilan itu sedang sibuk dengan program Hari Wanita anjuran Kelab BERNAS Malaysia. 

Cuma selepas sehari saya mengetahui tentang kehamilan kedua saya diuji dengan sedikit alahan iaitu gatal seluruh badan termasuk muka. Dek kerna sedang hamil, maka doktor hanya memberikan ubat sapu dan perlu pantang makanan. owh... kehamilan kedua ini sebenarnya lebih diuji dengan alahan dan bleeding namun yang lain seperti biasa sehingga tidak terasa diri seakan membawa anakanda kedua. Terima kasih atas rezeki yang diberi kerna sebelum ini menunggu hampir enam tahun sebelum menimang cahayamata pertama dan kali ini jarak agak dekat dan saya akur dengan ketentuanNYA. Syukran ya ALLAH!

Ketika catatan ini ditulis, saya telah memasuki trimester ketiga kehamilan bersamaan 28 minggu dan alhmdullillah kandungan sihat dan membesar dan seberat satu kilogram mengikut ukuran doktor. Cuma selepas ini saya sudah perlu menjalani pemeriksaan setiap dua minggu untuk memantau pergerakan bayi. Jom layan sedikit koleksi bergambo sebagai kenangan untuk kehamilan anakanda kedua. 


mrs Cyana ketika membawa kandungan dua bulan




Alhmdullillah disahkan hamil selepas mengalami bleeding beberapa hari yang berlarutan
{actually saya ingat sedang datang bulan ketika itu}

 alahan gatal timbul di muka dan badan

 smile with my lil' Emir

 sesi teman Umy ke DEMC


perkhidmatan buggy yang disediakan oleh DEMC


sesi minum air gula dan ujian darah sebanyak dua kali.. Alhamdullillah keputusan normal

 my lil' second ONE

 my Boov yang cerdik sudah tahu Umy mempunyai baby

 owh... seperti biasa mula mencari kasut untuk baby

 mrs Cyana ketika kandungan masuk ke trimester kedua
mrs Cyana sibuk fittin' baju baru

 the latest ME yang naik berat sebanyak 15 kilogram... 0ppsss!

 Doakan semoga OUR lil' second ONE sihat dalam kandungan dan selamat untuk dilahirkan sebagai khalifah ALLAH swt. 

#prayforbabycyanamoose




Wednesday, December 31, 2014

* End of 2014 *

Assalaam alaykom... hari ini adalah tanggal 31 Disember 2014, hari terakhir bagi tahun masihi 2014 sebelum esoknya akan bermula kalender dan fasa tahunan yang baru. Seperti sedia maklum, jika diimbas sejarah negra banyak peristiwa duka berbanding duka. Bermula dengan cuaca kemarau, kehilangan pesawat, tembakan rambang pesawat, banjir teruk melanda negara dan kenaikan harga barangan yang telah dikaitkan dengan GST (ehh.. masuk bab ekonomi pula). Jika disenarai dalam konteks saya dan alam pekerjaan, mungkin kesimpulannya biasa dan tidak seceria sebelumnya. Berbagai kerenah yang perlu diatasi walaupun kadang kala terpaksa menentang prosedur demi mandat dan kegilaan kuasa sesetengan pihak, pecahan warga kerja yang tidak berlandaskan strategi malah dihujung waktu pula mengeluarkan arahan yang kononnya mahu bertindak profesional namun menghampakan sahaja. Bak kata kenapa perlu melayan keremehan yang tidak sepatutnya. Jika berada di tangga atasan apa yang perlu di rencana adalah strategi syarikat bukannya hal pintu, hal tong sampah, hal kotak dan hal bekas air di tepi meja. oppss! enough said! 

Berbalik kepada rumusan kehidupan kerdil saya pada tahun 2014, tentunya menerima berita berbadan dua itu sudah cukup membahagiakan keluarga kecil kami. Pastinya ada yang bertanya bagaimana. Jawapannya sentiasa berdoa dan tawakal kepada Yang Maha Esa. Saya dan Insan Terchenta tidak menjalani sebarang perubatan mahupun mengambil produk sampingan. Setelah mengesahkan dengan doktor bahawa kami berdua normal, kami terus sahaja menyerahkan segalanya kepadaNYA yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik buat hambanya. Pengalaman berbadan dua setakat catatan ini dicoret, usia kandungan telah memasuki minggu ke 34 yang mana benar saya sedang menghitung masa. Sehingga catatan ini, saya tidak mengalami banyak masalah ketika mengandung dan hanya tidak selesa pada fasa terakhir ini dek tekanan dan perut yang semakin membesar. Semoga segala urusan melahirkan lil' One dipermudahkan dan semoga kami berdua sihat dan selamat hendaknya. Syukran Ya ALLAH!!! yang telah memberikan pengalaman yang sangat berharga ini. Ke mana sahaja pergi seperti berteman. Alhamdullillah. 

Benar juga tahun ini tidak banyak berkata-kata kerna masa lebih banyak dihabiskan dengan sesi berehat. hmm.  

 mrs Moose by Insan Terchenta

hari pertama mendapat berita tentang kewujudan lil' One

 the signature mirror reflection

semoga kami menjadi Aby & Umy yang bisa membesarkan lil' One dengan sempurna

Good Bye 2014! Where will I meet you lil' One? 

Welcome 2015!!! 

Saturday, September 20, 2014

* my Kakak-Kakak | my Stars *

Assalaam alaykom sisters... Good friends are like stars!! You don't see them but you know they're always there!!!! ohhh... my lovely sisters friends or refer them as my 'kakak-kakak' kerna yang pasti saya adalah yang termuda dan mungkin paling manja. welll they called me Adik! hiks. Alhamdullillah setelah lama kami terpisah oleh keadaan dan masa, kini kami kembali berhubung dan bercerita setiap masa sebagaimana dahulunya zaman remaja yang kami luangkan bersama tanpa telefon bimbit... dan hanya akan berjumpa setiap hari dengan berkunjung ke rumah masing-masing. 

owh... mari saya cerita sedikit mengenai sejarah 'kakak-kakak' yang mana mereka adalah teman setaman atau sekampung semasa zaman remaja. Ketika itu kami mungkin dilihat sedikit nakal kerna sering berjalan pusing taman hanya kerna mahu bersembang bersama. Ketika itu juga kami mahu kelihatan 'look-a-like'!!! maka jika seorang memakai baju hitam, semuanya mahu hitam juga. Seorang mahu mendandan rambut maka semuanya juga pasti mahu kelihatan rambut di dandan kecil mahu dilihat serupa seadanya. Kenangan paling manis adalah sesi menaiki 'Yellow Bus' untuk ke Pusat Bandar... yang manis kerna ada waktu berlarian mengejar bas. huhu. Kakak-kakak saya adalah teman meniti zaman remaja walaupun kami berlainan sekolah, namun keakraban kami seperti kakak adik kandung sahaja. 

Dipendekkan cerita, setelah lebih 15 tahun tidak bertemu pastinya hati teruja pabila mulanya saya bertemu mereka di group Whats App. owh... kali terakhir bersama mungkin ketika usia saya 16 tahun. hmmm. Gembiranya kakak-kakak masih mengingati adik mereka yang jauh terpisah dan mungkin kerna saya agak sukar memulakan pencarian... jadinya pertemuaan semula ini sudah tentu membuat saya lebih gementar pabila bersua. ahaks! Alhamdullillah, pertemuaan semula ini melahirkan rasa kasih sayang sebagaimana suatu ketika dahulu. Semuanya sudah berumah tangga dan mempunyai kehidupan berkeluarga. Gembira lagi saya dapat berkongsi cita rasa sama dengan kakak-kakak selain mendapat petua 'do this and not that' daripada mereka. 

Anyway jangan terkejut pabila kami semua mempunyai minat sama iaitu bergambo.... so selfie dan menu harian adalah rutin kami juga. Happy me! 


 from left to right.... kak Yus, kak Ani, kak Ina, kak Erni dan kak Nuon 

 from left to right.... kak Rose, kak Nuon, kak Ros, kak Ina, kak Erni dan kak Ani. 

sesi makan piza yang mana saya dan kak Yus hanya menonton gambo kerna kami tinggal di Lembah Klang, selainnya semua menetap di Penang


Jom kongsi sebahagian rutin pagi kami iaitu 'selfie'....


kak Ina


kak Ani

 kak Yus

 kak Ernie

 kak Ros

 kak Nuon yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan kini sedang mengandung juga. Tahniah!!!


kak Rose bertudung pink yang paling jarang selfie.. hehe

 selfie tyme!

 the ladies mirror pose

 kak Ina and Me... kak Ina adalah kakak yang paling rapat dengan saya ketika zaman remaja


another selfie mirror pose

 donut pose!


kerabu mangga pose!

sesi makan malam ketika pulang ke kampung halaman minggu lalu

 with my lovely hubby Moose

 pose sama penting dengan makan.. hiks!

rezeki dapat cupcake dari meja sebelah

 selfie with cutie

 posing tyme!

 we had a great tyme 

 kak Ros, kak Yus, kak Ani and Adik
{okay, Adik itu adalah merujuk kepada saya}

 kak Nuon, kak Ernie dan kak Ina


the candid pose

 another candid 

 bergambo kenangan @ Pak Husin Tomyam

last but not least... pose sebelum pulang.

To my dear 'kakak-kakak'....
Thanks for being there for me. Kalian membuatkan harian saya bertambah ceria dan  sentiasa menerangi hari saya seperti bintang-bintang bergelipan di angkasa. Semoga persahabatan kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. InshaAllah. Semoga dapat kita bersua lagi di lain masa. Love YOU ALL!!! 

and to ALL Malaysian.... Happy Malaysia Day!

Saturday, May 3, 2014

* Wayfarers @ Aquaria KLCC *

Assalaam alaykom... setelah sekian lama kepingin untuk ke Aquaria KLCC akhirnya berjaya memenuhi hajat berkunjung ke situ bersama ahli keluarga besar The Wayfarers pada hujung minggu bulan April yang lalu. Program yang dirancang pada saat akhir membuahkan hasil yang mana kami berkumpul dan meluangkan masa bersama melawat ikan-ikan peliharaan di Aquaria. owh.. sudah pastinya saya gembira kerna bisa melihat ikan pari dan ikan jerung secara dekat walaupun di dalam kaca tersebut besar mereka kelihatan mengecil kepada 30% namun terasa dekat dan teruja bila mana setiap hari hanya lalu di luar akuarium dan kali ini memegang cermin akuarium. 

Walau terasa sedikit jangal kerna setiap hari melalui dan makan di kawasan itu dan pabila hujung minggu berkunjung ke situ pasti akan terasa sedikit kelainan. hehe. Okay berbalik kepada cerita ikan... keluarga besar kami berkumpul pada jam 5 petang, melawat dan bergambo dengan ikan-ikan... meluangkan masa bertanya khabar secara bertentang mata dan pastinya keriangan melihat kanak-kanak terhibur itu lebih berbaloi rasanya. hmm. Mari bercerita dengan gambo ya...

Choc Milk pemberian rakan... nyaman.

gula-gula Jawbreaker kegemaran hubby Moose

tyme to go outing!

on the moves dari Shah Alam

gula-gula for kids

Menara HLA kelihatan dari carpark Aquaria KLCC

bergambo di hadapan KL Convention Centre

pose in front of Aquaria

the couple mirror pose

makan petang

nyummy!

keluarga dari Gombak dan Puchong

my lurvely sister

mrs Cyana and lil' Yumna

chattin' tyme

posin' tyme!

uncle Chab and lil' Mia and lil' Ulya

The Wayfarers pose at Aquaria

ikan elektrik

sotong besar

my favourite!

with belangkas

masa menonton ikan

labah-labah

beautiful

mr Shark!

jalan di dalam terowong

bondin' tyme

shark in action!

 
subhanAllah terasa berada di dasar laut

wajah ikan pari

close to me

love me FISH!

hello shark!!

last but not least.... our lovely candid shot by hubby Moose!


Alhamdullillah... semuanya pulang dengan kegembiraan walaupun dapat melihat ikan-ikan comel di dalam kaca hehe. Yang penting adalah masa kekeluargaan bersama yang mengikat silaturrahim antara kami.