Assalaam alaykom brothers & sisters & my loovely Wayfarers family... agak lama tak menulis tentang family retreat yang pastinya saat ini tidak pasti retreat kali ke berapa (lost count.. ahaks). Seingat saya penutup tahun 2024, kami sekeluarga ke Avani Sepang untuk santai sahaja dan tahun 2023 kami mengadakan retreat di kediaman P12, Putrajaya (for record).
Tahun nie Ayahanda kembali meminta Family Retreat yang mana setiap keluarga perlu membentangkan visi, misi, perjalanan, permasalahan atau apa sahaja yang mahu dikongsi dengan keluarga. Konsepnya lebih bebas dan santai tidak terikat dengan mana-mana skema.. ahaks!
Retreat kali ini, Ayahanda mahu hanya pembentang sahaja bersama manakala cucu-cucu tidak turut serta dalam forum yang sama. So seperti biasa saya merangkap Program Manager atur aktiviti berasingan untuk 20 orang cucu tersebut. Tugasan saya masih yang sama iaitu mengurus pemilihan tempat, atur agenda dan memastikan semua aktiviti mengikut jadual. Bermula kerja pertama membuat perbandingan lokasi sama ada memilih homestay atau hotel. Akhirnya dengan persetujuan Ayah & Ibu, lokasi Dashbox Hotel Cyberjaya dipilih berdasarkan lokasi berdekatan dengan Putrajaya, menyediakan aktiviti untuk anak-anak, kid-friendly hotel, makanan sedap di Restoren PERIA, mempunyai fasiliti bilik meeting yang diperlukan dengan harga berpatutan. Kebetulan saya pernah berhubung dengan PIC Hotel semasa birthday Eijaz, so kids memang paling happy bila saja dengar nak ke Dashbox.
Alhamdullillah semuanya berjalan lancar mengikut rancangan walau pun kami mula diskusi 2 jam lewat dari jadual berikutan hujan lebat dan delay masa menunggu keberadaan semua. Apa yang penting masa bersama keluarga yang mana detik-detik perkongsian membuatkan hubungan kami sekeluarga bertambah erat. Tema "Together WE Explore" adalah pilihan anakanda Emir (ketika proses nak buat design Tshirt), diangkat sebagai motto keluarga yang baharu menjadikan The Wayfarers bukan sahaja travelers namun untuk kami explore oppotunities and possibilities bersama sebagai sebuah keluarga. Perkongsian Ayah dan Ibu semenangnya dinanti-nanti yang mana Ayah sedikit sebanyak berkongsi hala tuju perjalanan kerjaya dan politiknya.
Retreat bermula pada jam 5 petang selepas solat jemaah Asar dan selesai pada jam 9 malam. Seterusnya kami sekeluarga makan bersama di Restoren Peria dan pastinya cucu-cucu paling gembira dapat bersama main, berenang dan makan beramai-ramai. Program selesai lebih kurang jam 10:30 malam, diakhiri dengan nyanyian 'terima kasih' kepada pihak Dashbox. :) Okay, jom sambung sembang dengan gambar Retreat sebagai kenangan yang mana blog kesayangan ini menjadi rujukan sejarah keluarga. hiks.
the Programme Manager in pose!
the Media-team!
presentation kami yang 'Simple But Special'!
(yang pasti semua orang terkejut dengan perubahan Aby Moose dari XXL ke L... mrs Moose pulak dari S ke XXL.. opps)
loving couple
makan tyme
No comments:
Post a Comment