Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Monday, July 13, 2020

* Sisters && Friends *


🌿My two ‘must go somewhere’ buddies during our lunch time😅. Thank you Tijue @juliajaafar78_ & Tiz @missy_zetty yang selalu bawa saya naik kereta walau saya akan menjadi penumpang dan menggunakan masa perjalanan untuk mengepam susu. I’m a breastfeeding mommy🤱🏻. Contoh kejadian sebenar ‘Jom kita beli baju sama sempena Raya!.’ Terus sampai ke Butik @icahfa kegemaran #GengPS kerna menyediakan size XS-XXL... (well I’m the biggest size sister!!! ☺️). And the most important things perkara kecil bagi orang tetapi besar di mata saya transformasi sahabat memakai stokin untuk menutup aurat kaki. Alhamdullillah... tak pelik kan stokin hitam kasut warna?? ahaks!!! Just Keep Smiling! Rezeki mendapat sahabat yang baik😇 Love 💓 #cyanatalks #friendship #cyanaootd #icahfasweeties

Thursday, April 4, 2019

* 1st Reunion of Class 5Sc4,1996 SGGS Penang *

Date: 30th March 2019
Venue: Ben Cafe KLCC, Kuala Lumpur

Assalam alaykom.... Hello April!!! Pantas benar masa berlalu dan sekelip mata sahaja usia bakal mencecah 40 pada tahun ini. hmm. Alhamdullillah persahabatan yan terjalin semasa zaman sekolah menengah kembali bertaut setelah kami berhubung semula dua tahun yang lalu melalui What's App group. Setelah 23 tahun berpisah, kami akhirnya dapat juga berkumpul dalam kumpulan yang kecil memandangkan sebahagian besar rakan-rakan sekelas menetap di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Walaupun pada asalnya target group yang lebih besar namun hanya 10 orang yang dapat memberi komitmen untuk berjumpa. Kita hanya merancang dan ketentuan mengumpulkan 8 orang kami yang mana 3 orang datang dari Pulau Pinang untuk memeriahkan perjumpaan pertama kelas reunion. Syukur rakan-rakan yang berbilang bangsa sangat memahami dan menghormati budaya dan agama masing-masing. Malah kami juga sering mengucapkan ucapan perayaan tanpa mengira agama dan bangsa.


Class Reunion untuk bekas pelajar kelas 5 Sains 4 pada tahun 1996 di St.George's Girl's School (SGGS) Pulau Pinang akhirnya termakbul jua. Walaupun telah beberapa kali memberi usul mengadakan reunion namun dek kerna kekangan masa dan jarak kami terpaksa membatalkan perjumpaan sebelumnya. Pasti saya paling gembira apabila dapat bertemu kembali rakan-rakan lama walau pun terpaksa hadir bersama lil' Emir dan lil' Eijaz dek kerna hubby Moose bekerja. Maka saya tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya di meja makan memandangkan lil' Eijaz pula seharian meragam memerlukan lebih perhatian akhir-akhir ini. Perjumpaan pertama dianggap berjaya juga walau hanya sebahagian kecil kami berkumpul tetapi kemeriahan masih terasa seperti waktu dalam kelas sahaja. Banyak yang dikongsi bersama dan yang pasti naluri keibuan masing-masing terpancar dari aura rakan-rakan.

 from left Carol, Amilia, Joanne, Hema (our ex class monitor), Sri, mrs Cyana, Intan and Ema


the simple invitation card by Me

 new white shoes for Reunion. :) 

 preparing simple choc gift 

 Ferrero Rocher untuk kenangan Reunion

 choc with denim theme

 ready to go!

 lil' Emir and his first dino's drawing!

 just arrived at KLCC

 happening walau ketika ini baru berempat

 the ladies of 5Sc4 SGGS

Ferrero Rocher with our dear SGGS's batch

 souveniors yang dibawa oleh rakan-rakan


the master piece by mrs Intan


lovely!

 beef Lasagna

 lil' Emir and lil' Eijaz

 lil' Emir yang suka makan macaroni

 mrs Cyana at 6 months pregnancy

 lil' Emir enjoying his Godiva choc ice cream


live candid

 welfie sebelum pulang

 our lil' family with white and denim theme


 antara feedback @ FB yang sempat saya save.. hehe

beautiful memory!!

{30th March 2019|1st Reunion of Class 5Sc4,1996 SGGS Penang. Alhamdullilah... selepas 23 tahun kami masih lagi berkomunikasi seperti zaman persekolahan. Mengimbau memori semasa di SGGS Penang, antara suatu kenangan yang terindah. Saya masih segar dapat mengingati perasaan hari pertama melangkah kaki ke SGGS. Berhimpun di dewan sekolah yang besar dan menyanyikan lagu sekolah dengan alunan piano. Benar saya masih bisa menyanyikan lagu SGGS kerna saya bangga menimba ilmu bersama rakan taulan yang berbilang kaum dan bangsa. Walau pun kami berlainan agama, namun di sanalah kami dididik menghormati antara satu sama lain. Kagum saya melihat Menara SGGS yang menjadi mercu tanda sekolah. We are ex-Georgian dan semoga persahabatan kita semua berkekalan. 

Hope to see you all again. Love! 




Saturday, February 20, 2016

* GMGlen Lunch | Ole Ole Bali *

Assalaam alaykom... sesi menjamu selera pada hari Jumaat sekali lagi. Ole-Ole Bali  di Empire Subang dipilih kerna agak lama saya kepingin mahu berkunjung ke sana. hehe. Sebenarnya lunch di Ole-Ole Bali tidak dirancang tetapi kekadang 'last minute' plan bisa menjadi jua. Saya kebetulan cuti kerna lil' Emir mengalami demam. Ketika membawanya keluar tengahari itu, suhunya telah normal dan kembali tinggi pada malam hari. Rutin motherhood anak-anak akan demam untuk membesar. Kebetulan juga Tika bercuti dan kami berjanji untuk bertemu di Empire tempat kegemaran saya. hiks! owh..sejak ofis berpindah di Shah Alam, tidak sempat lagi menjengah Pavilion atau KLCC. Window shoppin' menjadi rutin di Empire atau Subang Parade sahaja. huhu. Ya benar agak bosan namun bila bersama dengan lil' Emir dan berdua, lebih mudah pergi ke Shoppin' Mall yang dekat dan mesra babyhood. 

Selepas makan terus pulang dek kerna suhu badan lil' Emir suam dan tidak aktif seperti biasa. okay.. jom layan gambo sesi lunch bersama GMGlen.

 signature pose with lil' Emir

 my favourite reflection pose

 setia menanti

 lil' Emir di kelilingi bidadari

 jemput makan nasi

 portion makanan besar, maka kami berkongsi sahaja

 pose sebelum makan

 pose selepas makan

 happy us.. geng BFF semuanya ada

 with Tika cute

nice place nice food

 my ladies!! Tiz and Tika

  lil' Emir in pose!


keletihan sewaktu pulang

semoga persahabatan kami berkekalan

GMGlen @ OleOle Bali

* Friday Lunch | CBD Cafe *

Assalaam alaykom... kembali lagi dengan cerita menjengah cafe memandangkan bandaraya Shah Alam sememangnya mempunyai banyak tempat makanan yang enak cuma saya yang bukan peminat makanan hanya akan berkunjung ke kedai yang sama. Dan pabila berkunjung ke cafe makanan baru pastinya akan bersama sahabat yang mana mereka lebih rajin 'google' dan mengatur perjalanan. Pada awal bulan Januari, kami berkunjung ke CBD Cafe yang terletak di Temasya Glenmarie iaitu jalan dalam jika dari Glenmarie ke Subang. owh.. banyak perubahan yang berlaku, semakin banyak kawasan diterokai untuk kawasan perumahan begitu juga dengan bercambahnya kedai makanan. 

CBD Cafe Glenmarie baru sahaja dibuka pada Disember 2015. Tempatnya yang terletak di Aras Dua luas dengan terdapatnya private room dan surau. Cafe ini tenang dan aman juga sesuai untuk bersantai pada hujung minggu. Memandangkan kunjungan kami pada hari Jumaat dan kebetulan hubby Moose melalui kawasan itu, maka waktu solat Jumaat lil' Emir bersantai bersama dengan Umy dan auntie GMGlen. hehe. 

yummy cookies

suasana cafe yang cantik

GMGlen berposing sebelum menjamu selera

my lil' Emir juga menjamu selera di CBD Cafe 

lil' Emir and Tidil

mee rebus untuk saya

antara menu lain....lasagna juga sedap. 

lemon and manggo drink

the tunic by Icahfa... macam uniform kan? 
{owh... maksudnya kunjungan saya ke CBD dua kali memakai hijab yang sama}

tema tunic pada hari tersbut

GMGlen @ CBD Cafe Glenmarie