Sunday, February 10, 2013

* Same Shoes with Different Thought *

shoes and thought
 
Assalaam alaykom... kebiasaan mendengar pepatah "rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain", seperti benar pepatah itu menyebut kita mempunyai rambut yang mungkin sama warnanya namun kata hati pastinya berbeza. Pendapat juga pastinya berlainan... setiap nada bila mana berbicara pasti mengikut rentak emosi kiranya. Apa yang dikata adalah apa yang dirasa... namun pernahkah terfikir apa yang dikata bisa mengguris hati lain... bisa melunturkan semangat... atau bisa menterjemahkan inteprestasi makna berbeza. Saya sentiasa memberitahu minda bahawa apa yang saya fikir mungkin tidak sama dengan orang lain walau hakikatnya rambut sama hitam. Apa yang dirasa betul juga tidak mungkin dirasa betul oleh orang lain. Kerna itu kita diberi teman dan keluarga untuk berbicara atau meluah rasa. hmm..

Adakah kedegilan mengundang rasa yang berbeza? Adakah keegoan yang menguasai minda? Apakah persefahaman bisa dicapai jika memendam rasa? hmm. Tidak bukan? Mungkin mata saya melihat kasut itu cantik, kasut adalah mahkota abdomen walaupun letaknya di kaki namun dengannya saya memijak bumi setiap hari mengatur langkah dengan rentak yang berbeza. Tetapi tidak semua orang akan menghargai kasut kerna bagi mereka kasut adalah kasut letaknya di kaki. Itu sahaja. Maksud saya setiap insan pastinya mempunyai naluri, citarasa, pendapat dan luahan kata yang berbeza. Namun kita harus tahu menghormati citarasa dan pendapat yang lain juga. Itulah yang akan membuat perjalanan hidup kita lebih indah bila mana terdapat kepelbagaian dalam apa jua senarionya.

lil' reminder to ME, 

" I need to learn how to respect other people’s decision or choice especially when this people are my close relatives and family members. By disrespecting it and by trying to control it, it is a serious breach of that individual right. Sometimes I need to understand that I cannot satisfy everyone, no matter how hard I try to be nice to them. I am not saying that I have to be selfish, but sometimes I ought to do what I want to do and what I think is best for me. May ALLAH guide me to the right path. Ameen."


No comments:

Post a Comment