Thursday, February 21, 2013

* Kerja itu AMANAH! *

Assalaam alaykom... malam hari adalah waktu untuk merehatkan minda agar bebas setelah seharian berfikir, berkata-kata tanpa henti, mengukir senyuman walau sebenarnya sedikit terkilan. Melayan kerenah yang remeh lebih membebankan, mungkin lebih baik berdiam sahaja. Namun tidak mungkin kerna setitik dot hitam mahu dihitamkan semuanya... masih ada lagi banyak aura dot-dot putih yang senantiasa tegar dan bersemangat untuk terus berjuang. 

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul namun biarlah masa dan keadaan  menentukan segalanya. Yang penting saya mahu senantiasa berada di kelompok mereka yang positif, bebas bersuara dengan nas benar, bebas dari perasaan hasad dengki yang sentiasa membelenggu kelompok negatif. Sebelum membuat sesuatu, silalah berfikir dengan matang. Bukalah minda, bukalah hati. YA ALLAH! Berikanlah kami kekuatan untuk menempuh hari-hari seterusnya dan bersihkan hati-hati mereka yang penuh dengan dot hitam. Kerja itu AMANAH! Sebarang kerja yang diberi adalah tanggungjawab dan amanah kita. Lakukan sebaik mungkin, jangan hanya mahukan ganjaran sahaja.


owh.. YES!!! I'm just a women who lurve red fower... but never MESS with me! 

2 comments:

  1. lamanya tak singgah sini..

    cantik wo cingcing tuuu.. i love it..

    ReplyDelete
  2. itu cingcing kalau tumbuk muka orang, mau lekat rupa. hahahaha...

    ReplyDelete