family.weekend
Alhamdullillah... selamat tiba pulang di Baitul Ar-Rahmah setelah meluangkan masa hujung minggu bersama ahli keluarga Wayfarers. Walaupun masa yang sempat kami bersama AYAH hanyalah beberapa jam sahaja namun kegembiraan jelas terpancar sekurangnya kerna sempat juga mendengar beberapa amanat AYAH yang katanya pada permulaan bicara 'Free Political Issue' pada 'Family Retreat' tahun ini. Namun tak lekang pula soalan berkisar politik dari ahli keluarga. Peace!
Kata AYAH, tahun ini pengundi baru yang pertama kali mengundi adalah lebih kurang 3 juta orang yang kebanyakan terdiri dari Generasi Muda... iaitu Gen X dan Gen Y. Kerna itu tidak hairan jika di media massa perdana lebih fokus kepada golongan belia. Banyak program belia di sana dan di sini namun jangan lupa belia kini lebih peka kepada teknologi tanpa wayar dan tidak hanya tertumpu kepada suara media perdana yang ceritanya lebih propaganda. hmm. owh..sempat juga AYAH dalam kesekangan masanya memberikan tugas kepada keluarga kecil kami untuk merangka item berkaitan multimedia. Semoga kami juga dapat menyediakan platform terbaik buat AYAH. InshaALLAH.
Anyway... more and more story later ya.
Happy Family Day!
No comments:
Post a Comment