Sunday, August 15, 2010

* Tiada AKU tanpaMU *

KAULAH YANG SATU

Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU

************************************************************************************
Salaam sisters & brothers...membaca lirik di atas mungkin anda pernah mendengar lagu ini nyanyian Ramli Sarip. Sangat sayu mendengar lagu ini, ditambah pula dengan liriknya yang amat menusuk kalbu. hmm.

Teringat lagi satu malam, mendengar lagu ini secara live, amat mendamaikan jiwa. MashaAllah. Benar saya meminati lagu-lagu nyanyiannya. dan hanya baru malam tersebut saya dapat mendengarnya bukan di radio seperti selalu. Kelihatan beliau sangat tenang ketika menyampaikan bait-bait lirik tersebut. Sempena Ramadhan yang penuh barakoh ini, marilah kita sama2 memanjangkan doa dan puji-pujian kepada ALLAH s.w.t. di atas kenikmatan hidup di dunia... Hidup dan MatiKU hanyalah untukMU ya ALLAH, Allahu'akbar.



Mahu menitis airmata mendengarnya... benar TIADA hidupKU tanpaMU. Semoga kita mendapat hidayahnya dan ditempatkan di kalangan hamba2 yang beriman. Ameen.

No comments:

Post a Comment