Sunday, August 22, 2010

* iftar @ Bazaar Ramadhan *

Assalaam alaykom... bersiaran dari kampung halaman terchenta the Pearl of Island, meluangkan masa seketika mengupdate blog dari Restoran Istimewa, Sungai Dua.. hmm. Apa yang istimewanya? erm.. mungkin tayangan perlawanan bola dan restoran ini menyediakan capaian ke alam maya. Almaklumlah kawasan nie merupakan tempat tumpuan pelajar USM. Bagus juga kerna di Penang, jarang juga sekali mahu mendapat cyber cafe yang bertaraf selesa. hmm. Kebanyakannya hanya menyediakan games! games! games! huhu.

owh.. tersasar dari cerita, kesempatan pulang berpuasa di kampung, semestinya tidak ketinggalan turun padang memeriahkan bazaar Ramadhan Bayan Baru yang terletak berhampiran kedai MAMA dan Masjid Umar Al-Khattab, Bayan Baru iaitu tempat dimana menyaksikan saat2 ijab kabul saya yang semestinya mencipta sejarahnya yang tersendiri. hehe {opppsss!!!!}

Kebiasaannya pada bulan Ramadhan, MAMA akan berniaga di bazaar Ramadhan. Untuk menyediakan lebih dari 50 jenis juadah, masa yang diperuntukkan adalah mula memasak seawal 10 pagi, dibantu oleh ABAH, my brother Joe dan dua lagi pembantu. Peluang yang ada, tidak mungkin mahu we all lepaskan. Saya dan hubby Moose juga berkesempatan merasai pengalamannya berniaga di bazar ini. owh.. tugas saya yang ringan2 sahaja, menyediakan ulaman dan mengupas ubi dan bawang. Tapi bukan sebiji dua yer..berkotak2 ubi berguni bawang.. {hubby Moose pun dah pandai kupas bawang.. hehe} Then menjelang asar barulah ke gerai untuk memulakan jualan. okay.. mari layan sedikit gmbo lauk-pauk yang sempat dirakam.

btw.. ini adalah link to entry tahun lepas ya jika mahu melayan mata dengan makanan...:)

gulai ikan...menu wajib di Penang ya

begedil daging

variety of ikan bakar...salah satunya ikan temenung borek

air asam kerabu perut

sambal telur puyuh

and the famous gulai daging

ADIK and ABANG

miss Sue in action

catch my dear hubby Moose

my ABAH

Alhamdullillah...sambutan juga menggalakkan. btw..jangan tanya resepi yer, sebab saya tukang potong sayur jek.. ahaks.

owh..sempat pose di banner yang cool as the designer. hehe.

Kesempatan iftar bersama family di Penang sememangnya indah. Walaupun iftar hanya di gerai, dan bukanlah di meja makan yang sempurna.. namun ianya adalah sebahagian dari hidup saya, sumber rezeki keluarga dan pengalaman ini mungkin tidak diperolehi oleh semua orang. Iftar dengan masakan MAMA... yum yum!!! Alhamdulillah rezeki Ramadhan.

p/s: teringat telatah lil' Aiman yang berdiri di atas kerusi sambil memegang pengapit, then he said "chicken three ringgit!!!"... hahaha...cute sangat!!!

4 comments:

  1. Salam.how i'm gonna adress u..cyana?
    Best nya makanan kat kedai mama awak..gulai tu,,pergghh.. akak penah tinggal di penang for 2 years masa belajar di Maktab M4P..

    BTW, yr hubby anak K Lin ye.. Yr FIL YB K.Selangor (sort of lah).Duk sect 7? BIL - 13 yo, Musleh?

    ReplyDelete
  2. Salam kak Yan,

    akak sure org s.alam kan? hehe.{mana tau bley jumpa nnt} hehe. kalo pernah dok penang, sure familiar ngan gulai kan? hiks.

    owh.. you're right!!! MIL Ibu Lin. hubby anak Dr Dzul yg ketiga. Musleh youngest.. peneman di rumah.. hehe. Kak Yan kenal Ibu Lin?

    salam ta'aruf.

    ReplyDelete
  3. Cyana, akak mmg tinggal di sect 7, s alam.penah anta musleh balik rumah pun.anak2 akak satu sekolah , in fact satu kelas dgn musleh. kenal sgt dgn yr MIL awak yg peramah tu.

    INSYALLAH one day leh jumpa awak.

    ReplyDelete
  4. kak yan..rupanya kita berjiran la yer.. inshaAllah kalo diizinkan berjumpa nnt. Lagipun kalo anak kak yan same class ngan Musleh, lagi la ada harapan bertemu nnt. MIL mmg seorang peramah. :)

    ReplyDelete